Pu Amin seru jom sama2 bantu utk dana 60k adik Haikhal (4gmbr)

Papar : Pederitaan adik Mohammad Haikhal mendapat perhatian Penceramah Pu Amin yang memberi komen page BH online yang menyeru pembaca sama sama membantu mengumpul dana RM60,000 bagi menanggung kos pembedahan adik Haikhal.

BH 0nline melaporkan seorang remaja menderita penyakit tum0r tulang belakang, Mohammad Haikhal Ali Hussin merayu sumbangan orang ramai bagi menanggung kos pembed4hannya berjumlah RM60,000.

Remaja berusia 13 tahun itu dahulunya seorang yang aktif dalam sukan olahraga, namun kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Ibunya, Widyaayu Hamdin, 33, berkata anak lelakinya itu mula menghidap penyakit berkenaan sejak tahun lalu.

Haikhal mula berasa sakit di bahagian belakang badannya pada awal Mac tahun lalu ketika dia berusia 12 tahun.

Pada mulanya, kami menganggap ia hanya sakit biasa kerana sudah membawa Haikhal ke Hospital Papar bagi menjalani ujian x-ray sebanyak dua kali, selain doktor memberitahu tiada apa-apa.

Jadi, setiap kali dia sakit belakang kami berikan panadol, sebelum memutuskan untuk membawanya melakukan pemeriksaan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 dan dia disahkan menghidap penyakit itu, katanya ketika ditemui di rumahnya.

Suami Widyaayu, Ali Hussin Boyat, 39, hanya bekerja sambilan di Majlis Daerah Papar (MDP).

Widyaayu yang juga suri rumah berkata, disebabkan penyakit dialami, anaknya sulung daripada empat beradik itu terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

HQE 2 memaklumkan pembedahan perlu dilakukan dengan segera dan saya difahamkan kos sebanyak RM60,000 diperlukan.

Bagaimanapun, kami sedang menunggu kelulusan permohonan dana kebajikan hospital berjumlah RM21,000 bagi menampung sebahagian kos pembedahan itu,katanya.

Beliau berkata, penyakit itu juga membuatkan anaknya agak perlahan dalam mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), selain sukar memegang pensil.

Sementara itu, Haikhal ketika ditemui mengakui berasa sedih dengan keadaan dialaminya, namun tetap menguatkan semangat.

Saya akui rasa sedih, tetapi saya harus bersemangat. Walaupun saya hanya mampu berada di rumah, tetapi rakan-rakan selalu menghubungi bertanya khabar menerusi WhatsApp.

Setiap kali waktu malam, rasa sakit akan mula menyerang belakang badan dan saya harus mengambil ubat panadol dan ubat tahan sakit saraf,katanya yang perlu tidur dalam keadaan mencangkung disebabkan penyakit itu. Syafakallah adik Haikhal.