Prof telah tiadaa, Prginya sorang tokoh negara!

Kuala Lumpur: Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Prince Court, di sini, hari ini.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz, 98, menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4.30 petang.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Salam takziah kepada semua ahli keluarga PROFESOR DIRAJA UNGKU ABDUL AZIZ UNGKU ABDUL HAMID, yang telah meninggal dunia di Prince Court kira-kira jam 4.30 petang akibat sakit tua. Semoga tabah dan redha atas ketentuanNya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah Dia, Maafkanlah Dia, Kasihanilah Dia, Muliakanlah Kematian Dia, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Kuburnya Seperti Sebahagian Dari Taman-Taman Syurga, Berikanlah kekuatan Dan Ketabahan Kepada Ahli Keluarganya.

Al-Fatihah, Semoga almarhum ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 adalah seorang tokoh negara paling disegani.

Sebagai tokoh pendidikan dan ekonomi, Ungku Aziz mencetuskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan ekonomi umat Islam.

Antaranya ialah penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains. Al fatihah.