Prjalanan trakhir Zoraimi, Z800 hilaang kwalan rmpuh lori sawit lalu trbakar!

Kemaman : Perjalanan seorang Juru Audio Visual Jabatan Penerangan Kemaman menunggang motosikal kuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 berakhir dengan tr4gedi.

M4ngasa yang sedang menyertai konvoi bermotosikal berkuasa tinggi itu m4ut selepas terlibat dalam kem4langan di Kilometer 15, Jalan Mak Lagam Bandar Baru Cheneh berhampiran Bukit Jemalang dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Zoraimi Izam, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat keceder4an p4rah di seluruh badan setelah motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki Z800 dinaikinya bertembung dengan lori membawa muatan kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Zoraimi sedang berkonvoi motosikal berkuasa tinggi menghala ke Cheneh dekat sini.

Motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 ditunggangi m4ngsa telah terasing daripada rakan-rakan konvoinya sebelum secara tiba-tiba hilang kawalan apabila melalui lokasi kejadian yang berselekoh tajam.

Ia terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh hadapan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit,katanya kepada Kosmo di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak kemalangan itu menyebabkan Zoraimi tercampak ke bahu jalan manakala motosikal berkuasa tingginya terb4kar.

Menurut beliau, pemandu lori membawa muatan kelapa sawit berusia 54 tahun pula mengalami kecederaan ringan namun sempat menyelamatkan diri dari lorinya yang turut terbakar di bahagian hadapan.

Semoga keluarga arw4h tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan dirinya dia dijemput illahi bersama minatnya. Al fatihah.