Prjalanan trakhir , ” Tiaada lgi AT0K yg selalu laayan cucu trsayang ” (4Gmbr)

Kota Bharu : Pes4kit C0V1D19 warga emas yang men1nggal dunia pada 5 Mei lalu dijangkiti virus berkenaan hasil saringan Kluster Pangkal Chuit, bukannya daripada bawaan anaknya yang tinggal di luar Kelantan seperti dakwaan netizen.

Nur Amirah Abu Bakar, 32, berkata, arwah datuknya Mustafa Ismail, 82, bersama nenek, Eshah Yusof, 73, disaring p0sitif wabak itu selepas menjadi kontak rapat kepada bapa saudaranya yang bekerja di sebuah maahad tahfiz di Machang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Katanya, dia kemudian memuat naik v1deo di aplikasi TikTok yang menunjukkan datuk dan neneknya dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan hingga tular dan menerima lebih 147,000 tontonan, sejak kelmarin.

Tujuan saya memuat naik v1deo itu yang dirakam bapa saudara di TikTok adalah sebagai kenangan dan itulah v1deo terakhir datuk sebelum arwah meninggalkan kami semua.

Malangnya ada pula orang yang buat cerita arw4h dijangkiti C0V1D19 kerana ada anaknya balik ke kampung, Saya ingin jelaskan tiada anak arwah yang pulang ke kampung, sebaliknya arw4h dan nenek dijangkiti daripada Kluster Pangkal Chuit.

Datuk dan nenek memang tinggal bersama anaknya yang bekerja di maahad berkenaan, Selepas disahkan p0sitif, arw4h dan nenek dibawa ke HKK untuk rawatan, namun pada 1 Mei, arw4h terjatuh dalam bilik air dan tidak sedarkan diri.

Arw4h dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut namun, pada Rabu lalu datuk disahkan men1nggal dunia dan jen4zahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Jenerih dekat Machang, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nur Amirah yang tinggal di Machang berkata, dia terkejut dengan berita palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab apatah lagi, video itu menjadi viral dan banyak ditonton di media sosial

Saya tegaskan di sini, datuk mempunyai tujuh anak termasuk tiga orang yang tinggal di luar Kelantan, Namun kesemua mereka sudah lama tidak pulang ke Kelantan disebabkan C0V1D19.

Malah, kami sendiri sebagai cucu pun apabila menziarahi datuk, kami tidak bersalam atau cium seperti selalu kerana menjaga prosedur operasi standard (SOP), memandangkan datuk dan nenek sudah berusia.

Kami juga sering mengingatkan datuk supaya tidak keluar ke mana-mana kerana bimbang, katanya yang kali terakhir bertemu arwah pada 20 April lalu.

Menurutnya, pemergian arwah memberi kesan mendalam kepada mereka sekeluarga terutama menjelang Aidilfitri namun, mereka reda.

Katanya, ketika ini neneknya masih dirawat di HKK dan dilapor stabil.

Menurutnya, pemergian datuknya memberi kesan kepada mereka sekeluarga terutama menjelang Aidilfitri, namun mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi.Al fatihah.