Plakon “Syurgaa Mu Ramadhan ini mninggal dunia 1.45 pagi tadi ” (4Gmbr)

Johor Bahru : Pelakon, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Cik Pet1r’ menghembuskan n4fas terakhir pada jam 1.45 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.

Dukacita dimaklumkan mama saya (Noryati Taib) telah men1nggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.

Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan di kalangan orang yang beriman, katanya dalam hantaran berserta gambar.

Difahamkan, jen4zah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, jam 10 pagi.

Salam takziah buat keluarga pelakon, Allahyarhamah Hjh Noryati Taib yang telah kembali ke rahmatuallah.

Beberapa minggu yang lalu sempat menziarahi dan bertanya khabar di rumahnnya. Banyak kenangan dan cerita-cerita menarik dikongsi apatah lagi beliau turut sama-sama membantu dalam PRU-14 yang lalu.

Pemergian beliau pastinya dirasai oleh semua terutama para peminat lakonannya di televisyen.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah. -Datuk Seri Khaled Nordin

Terdahulu, pada September 2017, Noryati pernah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Namun, pelakon itu mengalami sesak nafas sehari kemudian hingga keadaannya kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI pada 24 September 2017.

Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Noryati yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radius One Sdn Bhd milik anak saudaranya Shahrulezad Mohammeddin. Al fatihah.