Piluu wajah wajah umat islam K0RBAN gempa Sulawesi (6gmbr)

Jakarta : Angka k0rban gempa bumi di pulau Sulawesi terus meningkat dengan sekurang-kurangnya 34 orang dilaporkan m4ut.

Ratusan m4ngsa dilaporkan ceder4, sekali gus mencetuskan panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk di pulau berkenaan, yang sebelum ini pernah dilanda gempa bumi dan tsunami pada September 2018, mengakibatkan ribuan nyawa terk0rban.

Antara yang terkorban adalah Hj nurasia rusli ibu kepada 2 cahayamata ini disahkan meninggal dunia akibat gempa tersebut.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter itu meranapkan hospital dan merosakkan bangunan di kawasan berkenaan.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana, Ali Rahman, berkata, 26 mangsa membabitkan korban di bandar Mamuju.

Angka korban dijangka terus meningkat tetapi kita berharap ia tidak berlaku, Banyak m4ngsa yang m4ti tertimbus di bawah runtuhan bangunan,katanya.

Sementara itu, Agensi Bencana Kebangsaan berkata, sekurang-kurangnya lapan mangsa terk0rban di selatan Mamuju di wilayah Sulawesi Barat.

Anggota mencari dan menyelamat turut berusaha mengesan puluhan pesakit dan kakitangan hospital yang terperangkap di bawah runtuhan hospital.

“H0spital runtuh…,” kata anggota agensi penyelamat di bandar Mamuju, Arianto.

Anggota penyelamat juga berusaha mencari lapan sekeluarga yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah rumah.

Agensi mencari dan menyelamat berkata, sekurang-kurangnya sebuah hotel runtuh selepas gempa melanda pada jam 2.18 pagi (waktu tempatan), manakala pejabat gabenor wilayah turut mengalami kerosakan teruk.

Penduduk Mamuju berkata, kerosakan di bandar itu sangat teru,Jalan retak dan banyak bangunan runtuh, Gempa bumi sangat kuat, saya bangun dan lari bersama isteri, katanya Hendra, 28.

Paparan gambar di lokasi kejadian menunjukkan ramai penduduk di kawasan berhampiran pantai itu, lari menyelamatkan diri dengan kereta dan motosikal, melalui serpihan logam dan sisa bangunan yang bertebaran atas jalan.

Sementara itu, agensi meteorologi memberi amaran ancaman gempa susulan yang kuat kepada penduduk, sekali gus meminta mereka tidak ke kawasan pantai.

Ketua Agensi Meteorologi, Dwikorita Karnawati, berkata gempa susulan boleh jadi lebih kuat atau sekuat yang berlaku pagi tadi.

Adanya potensi berlaku tsunami kesan daripada gempa susulan ini, jangan tunggu hingga berlakunya tsunami kerana ia boleh jadi dengan pantas, katanya.

Pihak berkuasa berkata, lapangan terbang di Mamuju iaitu bandar di wilayah Sulawesi Barat, Indonesia turut terjejas akibat bencana itu.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa adalah pada jarak 36 kilometer dari selatan Mamuju dengan kedalaman secara relatifnya 18 kilometer.

Paparan imej turut menunjukkan agensi mencari dan menyelamat sedang cuba membawa keluar dua beradik yang terperangkap di bawah runtuhan namun tidak jelas ia berlaku di mana.

Indonesia dilaporkan kerap berlaku aktiviti gunung berapi dan gegaran susulan kedudukannya di lingkaran api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung. Al fatihah.