Piluu prgimu dirantaauan, seorg 1bu tunggal yg gigiih brkerja diAustarlia (4gmbr)

Alor Setar: Keluarga kepada wanita Malaysia yang m4ut dalam kemalangan di Griffith, Australia semalam, berharap dapat membawa pulang jen4zah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pekan Ayer Hitam, dekat sini.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warganegara Malaysia dikenali sebagai Rabitah Hamed, 49, m4ut dalam satu kem4langan di Griffith, Australia bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Anak sulung m4ngsa, Rushaniena Izani, 26, berkata, ibunya yang juga seorang ibu tunggal, ke Griffith seorang diri pada bulan Februari tahun lalu untuk bekerja di sana.

Saya dimaklumkan dia bekerja di sebuah kilang pemprosesan ayam, Pada 21 Februari ini genap setahun dia berada di sana, Dia sepatutnya berada di sana selama lima tahun dan akan pulang ke tanah air pada 2024.

Saya tahu kejadian yang menimpa ibu daripada ibu saudara yang tinggal di Lunas, Kulim, Rakan serumah ibu di sana menghubungi ibu saudara dan memaklumkan kejadian tersebut dan difahamkan kereta yang dipandu ibu terb4bas sebelum dia terc4mpak keluar dari tingkap katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Rushaniena berkata, jen4zah ibunya kini berada di Hospital Sydney, Australia untuk proses bed4h siasat dan dia bersama-sama dua adiknya masing-masing berumur 19 dan 14 tahun berharap jen4zah dapat dibawa pulang ke Malaysia.

Menurut Rushaniena, pihak Wisma Putra telah menghubungi ibu saudaranya kira-kira 9.30 pagi hari ini yang bertanyakan sama ada mahu jen4zah ibunya dikebumikan di negara berkenaan atau dibawa pulang ke tanah air yang memerlukan kos sekitar RM50,000.

Buat masa ini, tiada wakil keluarga yang ke sana, Kami sedang mengumpul dana kerana sangat berharap dapat membawa jen4zah ibu pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Kali terakhir kami berhubung dengan ibu sekitar dua, tiga hari lalu dan memang tiada sebarang perubahan yang ditunjukkan oleh ibu kerana dia bersembang dan gelak seperti biasa,katanya.Al fatihah.