Piluu prgi Tuan, 0tw pulng kerjaa dirimu dijmput ilaahi dijalaan (4gmbr)

Shah Alam : Seorang pegawai Jabatan Pengakutan Jalan JPJ yang bertugas di Padang Jawa meninggal dunia apabila motosikal yang ditunggangnya merempvh sebuah lori penyelanggaran jalan raya dalam kejadian di Lebuh Raya NKVE petang semalam.

Kem4langan m4ut berlaku petang tadi di KM15 Lebuhraya NKVE sebelum exit Subang yang melibatkan penunggang motosikal dan sebuah lori, Penunggang motosikal 1(L) Melayu m4ut ditempat kejadian, M4ngsa (Mohd Anuar Bin Husin) adalah anggota JPJ di JPJ Padang Jawa.

Dalam pada itu pihak pengurusan tertinggi JPJ merakamkan takziah kepada seluruh keluarga arw4h atas permergian Tuan Mohd Anuar Husin,53, petang semalam.

AL-FATIHAH : SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD ANUAR BIN HUSIN PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA.

Pengurusan tertinggi serta seluruh warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Mohd Anuar bin Husin, Penolong Pegawai Penguatkuasa, 53 tahun yang telah kembali ke rahmatullah pada 17.02.2021 akibat kemal4ngan jalan raya.

Perkhidmatan terakhir Allahyarham di Unit Pendakwaan, JPJ Negeri Selangor, Semoga roh Allahyarham Mohd Anuar bin Husin dicucuri rahmatnya dan ditempatkan bersama para solihin.

Al-Fatihah :-
سْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ {1} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {5} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّينَ {7}

Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera, Innalillahi wainna ilaihi roji’un.

Dukacita dimaklumkan bahawa PPP KP29 Mohd Anuar bin Husin dari Bahagian Penguatkuasa, JPJ Negeri Selangor telah terlibat dengan kemalangan maut sebentar tadi (17.02.2021, Rabu).

YBhg Dato’ Ketua Pengarah dan seluruh Warga JPJ khususnya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah. Semoga ahli keluarga tabah atas ujian yang menimpa, kerana apa yang Allah tetapkan pasti menjadi ketetapan terbaikNya.

Allah juga pasti akan memberi hikmah atas semua kejadian yang melanda, Semoga seluruh amal ibadahnya di dunia diterima oleh Allah SWT.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa oleh Unit Khidmat Sokongan dan Kesejahteraan Psikologi Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya.

Sekian, terima kasih, Unit Khidmat Sokongan dan Kesejahteraan Psikologi, Bahagian Khidmat pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Punca sebenar kejadian kini dalam siasatan pihak berwajib semoga keluarga arw4h tabah dengan apa yang berlaku, arw4h seorang pegawai yang sangat baik dan disenangi ramai, rata rata mereka amat terkejut dengan apa yang berlaku.

Semoga keluarga arwah tabah dengan dugaan yang amat berat ini moga rohnya tenang disana. Al fatihah.