Piluu 4 Positif, abg ipar meninggal pagi tadi 3 lagi sedang dirawat (6gmbr)

Kuala Lumpur : Sebak dan pilu apa yang diceritakan oleh seorang pelayar laman sosial di Twitter mengenai kelurganya yang telah dijangkiti Pandemik ini.

Melalui Tweet oleh Zyxyo ditwitter miliknya seorang 4 orang ahli keluarganya kini disahkan positif C0V1D19 dan seorang dari 4 tersebut telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Sungai Buluh selepas dirawat disana.

” Dari tujuh orang dekat rumah sekarang tinggal tiga orang, kakak dengan adik perempuan aku dekat MAEPS, kakak aku lagi seorang dekat Hospital Sungai Buloh, satu lagi arwah abang ipar aku yang telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Sungai Buloh kerana C0V1D19″.

Ya Allah sungguh berat ujian yang kau berikan pada keluarga kami di awal tahun 2021 ini, Ya Allah berikan keluarga kami kekuatan untuk menempuh segala ujian Mu.

Tabahkanlah ummi aku, Aku tak boleh tengok ummi aku macam ini ya Allah, Perkongsian dari Twitter Zyxyo.

Dalam pada itu KKM mengarahkan Orang ramai dinasihatkan menjauhi hospital buat masa ini dan tidak digalakkan melawat pesakit di hospital bagi mengelak risiko jangkitan C0V1D19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini sudah banyak hospital yang bukan dikhususkan untuk C0V1D19 sudah mula mengambil pesakit C0V1D19 untuk dirawat.

Justeru, kami tidak galakkan pelawat datang ke hospital, katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberi nasihat berkenaan susulan dakwaan satu kes jangkitan C0V1D19 membabitkan pesakit yang dimasukkan ke Hospital Serdang untuk penyakit lain tapi dijangkiti wabak itu disyaki daripada kakitangan hospital.

Noor Hisham berkata, kementerian sedia maklum kes berkenaan dan ia masih dalam siasatan,Menurutnya, jangkitan boleh berlaku dalam kalangan pekerja atau petugas kesihatan atau antara pesakit dengan petugas kesihatan.

Kami sedang jalankan siasatan mengenai kes itu. Jika perlu, kita akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) lawatan pesakit bagi elak jangkitan dalam kalangan petugas atau pesakit, katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, pihaknya mendapati dua faktor yang menyebabkan kes jangkitan tinggi membabitkan pusat tahanan dan depot tahanan.

Pertama adalah kesesakan di dalam pusat tahanan dan depot tahanan berkenaan yang memudahkan virus berjangkit manakala, yang kedua adalah pesakit dijangkiti ketika pergerakan ke pusat tahanan lain, mahkamah atau penjara.

Walaupun sudah ada SOP ketat namun, ada kalanya jangkitan tetap berlaku disebabkan kesesakan di pusat tahanan dan depot tahanan itu.

Jangkitan bukan hanya membabitkan banduan sebaliknya turut bermula daripada warden dan petugas, katanya.
Sama sama kita doakan semoga keluarga Zyxyo terus kuat dan tabah dan mereka kembali sembuh, semoga roh abang iparnya tenang disana. Al fatihah.