Pilu pengakhiran mu Nazerin, trjatuh dari Y15ZR trpelosok bwh bas (5gmbr)

Kota Bharu : Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas m4ut dig1lis bas milik Jabatan Penjara Malaysia yang dalam perjalanan membawa 32 banduan di Kampung Dendang Ketereh di sini pada Khamis.

M4ngsa, Mohamad Nazerin Yahaya, 24, mengalami keceder4an p4rah di kep4la dan men1nggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku ketika pemandu bas yang merupakan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia Pengkalan Chepa berusia 51 tahun dalam perjalanan menghantar 32 banduan tersebut dari arah Machang ke Penjara Pengkalan Chepa.

Sampai di lokasi, Mohamad Nazerin yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah bertentangan dipercayai mem0tong sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah sama.

Pada masa sama, pacuan empat roda itu mengelak ke kiri jalan bagi memberi laluan kepada bas tetapi motosikal m4ngsa termasuk ke laluan bertentangan lalu mel4nggar bahagian depan bawah bas menyebabkannya penunggang terj4tuh lalu dig1lis tayar bas, katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, polis sudah mendapatkan rakaman vide0 kamera papan pemuka milik van Jabatan Penjara yang mengiring bas tersebut.

M4ngsa men1nggal dunia di lokasi kem4langan dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati kem4langan berpunca daripada kecuaian ketika penunggang memotong kenderaan lain.

Sias4tan bagaimanapun diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.

Semoga keluarga arwah tabah dengan apa yang berlaku arw4h berasal dari Perak jenazah akan dibawa pulang setelah segala urusan selesai dan akan disemadikkan hari ini hari jumaat yang mulia. Al fatihah.