Peronda trbalik Konst Nicholester maaut, ketika kejar Myvi penjnayh!

Johor Bharu : Seorang anggota polis berpangkat konstabel m4ut, manakala rakan setugas p4rah selepas kenderaan peronda (MPV) yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 6.24 pagi itu m4ngsa Konst Nicholester Dadup Anak Unggat dan rakan setugas L/kpl Fadirul kedua dua anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Onn di sini sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki.

Sejurus sampai di lokasi kejadian, kenderaan MPV telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis itu terbalik.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kamsani Aswan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota beserta dua buah jentera bergegaskan ke lokasi kejadian.

Kemal4ngan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz.

Akibat kem4langan itu, Nicholester penumpang kenderaan peronda MPV PDRM m4ut di lokasi kejadian, manakala pemandunya L/kpl Fadirul p4rah.

Turut ceder4, pemandu dan seorang penumpang kenderaan Perodua Aruz, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kamsani, anggota polis yang m4ut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala m4ngsa yang ceder4 dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

Semoga keluarga Konst Nicholester yang berada diserawak tabah dengan apa yang berlaku perginya saat bertugas untuk negara, salam Takziah.