Perjalanaan trakhir, ” Ajaal Alif trbujur djalan brsama Ducaati ksyangan”(4Gmbr)

Pasir Mas : Seorang lelaki m4ut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale yang ditunggangnya merempvh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas berhampiran Kampung Gual Mesa di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, m4ngsa, Muhammad Alif Aiman Ibrahim, 29, yang merupakan pekerja sebuah syarikat swasta men1nggal dunia di lokasi kejadian selepas kecederaan p4rah pada beberapa bahagian anggota b4dan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal mendapati, SUV jenis Honda CRV yang dipandu oleh seorang wanita berusia 50 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke Rantau Panjang.

Katanya, wanita itu telah berhenti di bahu jalan raya untuk membeli sayur-sayuran sewaktu tiba di lokasi kejadian.

Selesai membuat pembelian, wanita berkenaan kembali memandu kenderaannya dan telah membuat pusingan U untuk berpatah balik ke arah Pasir Mas.

Pada masa sama, Muhammad Alif Aiman yang sedang menunggang motosikal dari arah Rantau Panjang tidak sempat membrek dan mengelak sebelum merempvh SUV itu.

Kemalangan itu menyebabkan m4ngsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, kes disi4sat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah.