Perginya Seorang Pencinta Ilmu, Haji Ismail K0RBAN terbaru C0V1D19!

Ipoh : Jemaah Surau Nurul Islamiah Taman Meru 2C( SNI) yang pertama detected positive C0V1D19 Hj Ismail bin Bakar, PTM 18, baru meninggal dunia di Hospital Bainon Ipoh pd jam 7.50 mlm ini, kerana C0V1D 19.

Sama sama kita mendoakan semoga rohnya dicuciri rahmat dan ditempat bersama sama orang orang solleh, perginya seorang Pencinta Ilmu dan Seorang Penginfak tetap Tabung SNI.

Sebelum ini Penduduk Taman Meru 2C dikenakan printah PKPD mulai 20 November hingga 3 Disember.

Seramai 2,168 penduduk di sekitar Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini, memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mereka juga mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan dengan melakukan ujian calitan saringan C0V1D19 sejak Ahad lalu.

Beliau berkata, susulan PKPD itu, pihaknya melaksanakan empat sekatan jalan raya (SJR) bagi mengawal pergerakan penduduk iaitu di Persiaran Taman Meru 28, Persiaran Taman Meru 30 dan Persiaran Taman Meru 1, yang juga jalan utama ke Zon C.

Selain sekatan jalan raya, pihak polis menggerakkan unit kereta peronda polis (MPV) dan kawalan rondaan berjalan kaki di kedua-dua lokaliti yang melibatkan 572 rumah, katanya pada sidang media selepas meninjau kawasan terbabit di sini, hari ini.

A Asmadi berkata, sejumlah 162 anggota beruniform ditugaskan secara bergilir-gilir membabitkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Beliau berkata, selain itu, anggota Kawasan Rukun Tetangga bersama seorang penduduk di setiap lorong kawasan perumahan tersebut bertindak sebagai mata dan telinga pihak polis dalam melakukan pemantauan.

Kita tidak akan membenarkan mana-mana penduduk keluar dari kawasan PKPD kecuali kes-kes kecemasan dengan kebenaran yang akan saya berikan.

Beri kerjasama, duduk di rumah, jangan keluar sesuka hati, katanya.

Sehingga 16 November lalu, sebanyak 938 ujian saringan dilaksanakan di kawasan terbabit dan 76 kes positif C0V1D19 telah dikesan.

Semoga keluarga Tuan Hj Ismail Bakar tabah dengan dugaan ini yang maha esa lebih sayangkan arwah semoga rohnya tenang disana bersama para syuhadak. Al fatihah.