Perginya seorang papa kepada 4 cahayamata yg masih kecil, moga mama tabah!

Manjung : Seorang lelaki m4ut manakala isteri dan empat anak perempuannya selamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Kilometer 7 Jalan Kampung Koh-Ayer Tawar, Sitiawan di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 10.20 pagi itu, Mohd Tarmini Taha, 35, yang beralamat dari Kampung Pasir Panjang Laut, men1nggal dunia di tempat kejadian.

Isteri mangsa berusia 35 tahun bersama empat anak mereka masing-masing berusia tujuh, lima, empat dan satu tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika enam beranak itu dalam perjalanan menghala ke Ayer Tawar.

Katanya, sampai di tempat kejadian, MPV Proton Exora yang dipandu mangsa hilang k4walan dan terbabas ke dalam longkang.

Akibat kemalangan itu, pemandu cedera p4rah di bahagian kepala dan men1nggal dunia di tempat kejadian.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, isteri m4ngsa dan empat anak mereka telah dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun mereka tidak mengalami kecederaan serius, katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga isteri ini kuat sebak bila melihat anak anak yang masih kecil perlukan seorang insan bergelar papa, moga rohnya tenang disana bersama sama insan yang diredhai yang maha esa. Al fatihah.