Perginya ank raja berjiwa rakyat, Pengiran Muda Haji Abdul Azim mangkatt!

Bandar Seri Begawan : Rakyat Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu m4ngkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar.

Pemerintah Brunei Darussalam memerintahkan agar rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai pada hari ini (Sabtu) 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.

Punca pemergian putera kesayangan ramai itu masih belum diketahui.

Pengiran Muda Abdul Azim merupakan putera kedua Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam.

Dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada tanggal 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

Pangiran Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat peduli terhadap kemanusiaan. Pada tahun 2009, beliau telah membuat sumbangan satu badan amal Make A Wish Foundation UK.

Jen4zah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar tadi.Al fatihah.