Percutian pilu dua keluarga sempena cuti merdeka!

Jeli : Percutian pilu dua keluarga sempena cuti merdeka! Tiga m4ut termasuk dua beranak dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 130, Jalan Raya Timur Barat dekat Jeli petang semalam.

Kemalangan pada pukul 5.30 petang itu menyebabkan penumpang kereta jenis Perodua Bezza, Nur Damia Kamaruddin, 11, m4ut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan p4rah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, selain Nur Damia, ibunya yang merupakan pemandu kereta itu, Rohaida Mohamed, 39, dan penumpang iaitu abang iparnya, Mohd. Rozi Bin Husain, 47, disahkan men1nggalkan dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Jeli hari ini.

percutian-pilu-dua-keluarga-sempena-cuti-merdeka

Katanya, berdasarkan siasatan, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu Rohaida sedang dalam perjalanan dari arah arah Gerik ke menuju ke Jeli.

Apabila tiba di lokasi kejadian yang merupakan laluan selekoh, kereta tersebut telah terb4bas masuk ke laluan bertentangan.

Insiden itu telah menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali sebelum bertembung dengan kereta sebuah jenis Perodua Myvi yang datang dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

percutian-pilu-dua-keluarga-sempena-cuti-merdeka

Menurut Ahmad, susulan kemalangan itu, kedua-dua pemandu kereta pada awalnya mengalami kecederaan parah manakala Nur Damia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, bagaimanapun, Rohaida dan Mohd. Rozi disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di hospital hari ini.

Siasatan mendapati, seramai lapan orang termasuk pemandu menaiki kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki dua beranak itu.

percutian-pilu-dua-keluarga-sempena-cuti-merdeka

Lapan lagi mangsa termasuk penumpang kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Myvi yang cedera dihantar ke Hospital Jeli dekat sini untuk rawatan lanjut, katanya.

Tambah Ahmad, berdasarkan siasatan, polis tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai berpunca daripada kereta Perodua Bezza gagal mengawal kereta semasa melalui selekoh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, semoga yang cedera kini sedang dirawat diHospital Jeli cepat sembuh apa yang berlaku mengundang kesedihan buat keluarga dan insan yang mengenali mereka semoga roh mereka dicucuri rahmat bersama sama insan yang diredhai Allah.Al fatihah

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo