Perangai pelik Uteh tanda tuannya akan pergi tinggalkannya!

Seorang wanita amat terkejut dengan reaksi kucing kesayangannya bernama Uteh, dia memuat naik kisah kucing kesayangannya itu dilaman sosialnya berkongsi perkara yang agak pelik kucingnya Uteh lakukan.

Mengikutnya kata orang apabila kucing kesayangan tidak mahu berenggang degan kita kerana dia takut kita akan tinggalkan dia kat Puan Ummi Zue yang dimuat naik dicaption bersama gambar Uteh.

Bbeberapa keping gambar Utih dengan caption berbeza dimuat naik Puan Ummi Zue dilaman sosialnya mengundang pelik pada rakan rakannya.

Mengikut sahabat facebook Puan Ummi Zue yang dikenali dengan nama Puan Rosmayani Din dia amat terkejut dengan apa yang dipost oleh Puan Ummi Zue dan sempat ” Screen Shoot ” segala gambar Uteh dan caption yang dimuat naik Puan Ummi Zue.

Mengikut Puan Rosmayani semasa memuat naik gambar Uteh dia tidak sihat dan mengalami demam sehinggakan terpaksa menerima rawatan di Hospital.

Puan Rosmayani sempat menziarah rakan baiknya itu semasa dia sedang sakit namun tidak dapat berbualkan memandangkan kesihatan Puan Ummi Zue tidak mengizinkan.

Puan Ummi amat disenangi rakan rakan dilaman facebooknya kerana gembar berkongsi resepi masakan dengan rakan rakan facebooknya sehingga lah dia tidak sihat dan tiada lagi perkongsian resepi darinya.

Sehinggalah pada 11 Oktober 2020 Puan Rosmayani memuat naik caption yang Puan Ummi Zue sudah tiada.

” Sahabat saya baru dijemput ilahi pagi tadi, alfatihah(dibaca)
kucing dia mcm dah tahu tuan dia nak “tinggal” dia.😭- Rosmayani Din.

Apa yang berlaku mengundang pilu patutlah Uteh tak nak berenggang dengan Puan Ummi rupanya dia sudah tahun yang Puan Ummi akan pergi buat selamanya tinggalkan Uteh, Suaminya serta anak anaknya.

Sayangnya Uteh pada Puan Ummi sehinggakan dia tak nak lepaskan sedikitpun saat bersama dengan Tuannya itu.

Kini Tuannya sudah pergi buat selama lamanya pergi dijemput ilahi, semoga roh Puan Ummi tenang disana yang pasti Uteh akan tercari cari Tuannya itu.

Uteh kini dijaga oleh Suami dan anak anak arwah, semoga Uteh terus setiasa bersama keluarga ini salam takziah buat keluarga Tuan Uteh. Al fatihah.