Pendakwah Ummi Tintin meninggal ketika solat tahajjud (5gmbr)

Bandung : Telah berpulang ke rahmatullaah guruku, sahabatku, kakakku tercinta, Ummi Tintin Kartini (Staf Aman Palestin-Indonesia), pada Jum’at 15012021 pukul 02.00 di RS AMC, Bandung, Jawa Barat.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah dan seluruh kakitangan Aman Palestin Indonesia, Terima kasih atas jasa Allahyarhamah dalam perjuangan membebaskan Palestin dan seluruh bumi Syam.

Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, Ummi Tintin Kartini merupakan salah seorang kakitangan Aman Palestin Indonesia yang terawal dilantik sejak penubuhan Aman Palestin Cawangan Indonesia.

Allahyarhamah juga telah memberikan sumbangan besar dalam usaha membangunkan Aman Palestin untuk terus bergerak sebagai NGO yang memberi manfaat terus kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah mengurniakan rahmat dan berkat buat Allahyarhamah sepanjang usaha Allahyarhamah melakukan amal kebaikan.

Pagi ini menerima khabar sedih atas kem4tian Ummi Tintin Kartini di tanahair tercintanya, Indonesia. Beliau membahasakan dirinya ‘Ummi’. Justeru, semua memanggilnya dengan panggilan ummi.

Saya sempat bersama dengan Ummi Tintin dan suaminya, Pak Ahmad Setiyaji ketika berkunjung ke kantor Aman Palestin Indonesia di Bandung pada tahun 2017.

Berbual bersama mereka suami isteri sepanjang kunjungan saya ke sana menjadi bukti hidup mereka diabadikan untuk dakwah dan perjuangan agama ini sejak zaman muda sehinggalah ke saat ini.

Ummi Tintin dan Pak Ahmad memilih jalan perjuangan dalam dakwah ini bersama Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dan Aman Palestin.

Khabar diterima, Ummi Tintin meninggal dunia saat sedang tahajjud, Mulia sungguh jalan pergimu menuju Ilahi, ummi. Semoga bahagia di alam sana wahai mukahidah dakwah.

Ustaz Miftahuddin mohon sampaikan salam takziah ana buat Pak Ahmad. Moga beliau tabah menghadapi ujian ini.Al fatihah.