Pemanas air mandian punca, Eddy dan kakak ajaal bersama!

Gombak : Pemanas air mandian punca, Eddy dan kakak ajaal bersama! Tugas terakhir seorang seorang ibu apabila dirinya men1nggal dunia akibat terkena renjatan ketika memandikan anaknya apa yang paling memilukan adik lelakinya yang cuba membantunya turut terkena renj4tan dan men1nggal dunia.

Harian Metro melaporkan insiden meragut ny4wa pemain gitar profesional, Wan Radzie Wan Othman, 30, yang dikenali sebagai Eddy Malmsteen dan kakaknya, Wan Zunira, 32, semalam, dipercayai akibat terkena renj4tan elektrik daripada alat pemanas air.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 malam.

Berdasarkan maklumat awal, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan terbaring di sebuah rumah di Batu 11 Jalan Lama Gombak, manakala kanak-kanak lelaki pula ditemui dalam keadaan lemah.

pemanas-air-mandian-punca-eddy-dan-kakak-ajaal-bersama

Pihak ambulans yang tiba kemudian mengesahkan kematian lelaki dan wanita terbabit yang juga suri rumah dipercayai akibat terkena renj4tan elektrik, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati mangsa wanita itu sedang memandikan anaknya sebelum tiba-tiba terkena renj4tan elektrik.

Adik lelakinya yang kebetulan berada di rumah terdengar jeritan mangsa meminta tolong lalu bergegas ke bilik air untuk membantu, namun turut terkena renj4tan elektrik, katanya.

Beliau berkata, renj4tan elektrik dalam kejadian itu dipercayai daripada alat pemanas.

pemanas-air-mandian-punca-eddy-dan-kakak-ajaal-bersama

Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut (SDR), katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 12.01 tengah malam tadi.

Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tiga mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 30-an serta kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terkena renj4tan elektrik, katanya dalam kenyataan, hari ini.

pemanas-air-mandian-punca-eddy-dan-kakak-ajaal-bersama

Berita sedih ini dimaklumkan oleh abangnya, Wan Razmie Wan Othman menerusi Facebook.

Dukacita dimaklumkan bahawa kedua Adinda saya, Wan Zunira (kiri) dan Eddy Wan Othman (kanan) sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi.

Kedua jen4zah mereka kini di Forensik Selayang dan anak bongsu kepada adinda saya Allahyarhamah Wan Zunira kini di ICU selayang kerana terbabit sama, tulisnya.

Wan Razmie berkata, kejadian berlaku ketika adiknya (Wan Zunira) memandikan anaknya.

Perginya seorang ibu ketika sedang menyempurnakan tugasan terakhir beliau memandikan anaknya.

Perginya seorang adik (Eddy) kerana berusaha menyelamatkan kakak dan anak buah yang sedang dalam renj4tan elektrik.

Semoga keduamu pergi sebagai syahid dan syuhada. Berehatlah kedua adikku. Tugasan kalian di dunia dah berakhir. Semoga Allah menerima kebaikan kamu berdua,tulisnya.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo