Pelukk erat jsd ank, maafkn mama dn papa syg cuaai jga kamu (5gmbr)

Tapah: Identiti kanak-kanak lelaki yang ditemukan lem4s di Sungai Jerong dekat Kampung Bikam, Sungkai, hari ini dikenal pasti sebagai Muhamad Amsyar Mohd Zamri, 5.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihak polis menerima maklumat kejadian daripada orang awam, 11.15 pagi tadi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bersama anggota polis dari Balai Polis Sungkai dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tapah serta penduduk kampung di tempat kejadian.

M4ngsa dipercayai bermain di sungai terbabit bersama dua adik beradiknya dan sepupu berusia 5 hingga 11 tahun.

Siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati m4ngsa bersama dua adik-beradiknya dan sepupu mula bermain air di sungai terbabit kira-kira 10.45 pagi tadi.

Ibu bapa m4ngsa tidak menyedari m4ngsa telah pergi bermain air dan hanya menyedari apabila tiga orang kanak-kanak terbabit berlari pulang memaklumkan mangsa telah terjatuh ke dalam sungai, katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azharuddin berkata, jarak dari rumah dengan tempat kejadian kira kira 200 meter.

Beliau berkata, mangsa telah ditemukan lem4s oleh sepasukan penyelamat pada 11.30 pagi iaitu kira-kira 15 meter dari tempat m4ngsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keluarga mangsa dari FELDA Besout 2 Tambahan telah mengunjungi rumah saudara mereka di kampung terbabit sejak semalam dan hujan lebat di kawasan ini menyebabkan arus sungai menjadi der4s.

Siasatan awal pihak polis juga mendapati tiada unsur jen4yah dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya,katanya. Al fatihah.