Pelakuu merupakn seorg prempuan dan rkan baik arwh Surya!

Kuala Berang: Polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes bvnuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek berusia 19 tahun yang juga kenalan m4ngsa ditahan selepas diserahkan oleh ibunya pada 8.15 pagi tadi.

Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman m4ngsa.

Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, keterangan wanita terbabit mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gig1tan pada lengan dan b4dan svspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut, katanya pada sidang media di IPD Hulu Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah svspek sebelum menemui beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik m4ngsa.

Katanya, sebelum kejadian, svspek dikatakan pergi ke rumah m4ngsa dengan menaiki motosikal.

Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada svspek sebelum berlaku perg4duhan dan pergelvtan.

Svspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergel4ngan tangan kiri mangsa sehingga pvtus, katanya.

Menurutnya, svspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseks4an kerana membvnuh.

Katanya, svspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, esok untuk permohonan reman.Al fatihah.