Pelak0n watak Milah brsama Tan Sri P Ramlee dlm Do Re Mi sdh tiada!

Kuala Lumpur : Pembaca berita popular RTM dan pelakon, Wan Chik Daud, 80, menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk k4nser p4yu dara di kediamannya di Lembah Keramat, di sini, jam 10 pagi tadi.

Selain penyakit k4nser p4yu dara tahap empat, balu kepada Allahyarham M Rajoli itu turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan lumpuh.

Berita pemergiannya disahkan pembantunya, Fauziah Abd Rahman kepada BH Online.

Fauziah berkata, Wan Chik meninggal dunia atas pangkuannya, pagi ini.

Hanya kami berdua berada dalam rumah. Sudah menjadi rutin saya akan menyiapkan arwah dan memberinya susu serta makan, setiap pagi.

Bagaimanapun, saya melihat keadaannya agak berlainan. Arwah hanya merenung jauh dan nafasnya berbunyi lain macam.

Melihatkan perubahannya, saya terus mengajarnya mengucap. Bagaimanapun, nafasnya terhenti tidak lama kemudian. Saya segera memanggil jiran dan menghubungi ambulans.

Arwah disahkan sudah tiada oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan, katanya kepada

Sedikit Info tentang Arwah Hajah Wan Chik Daud suatu ketika dahulu.

Wan Chik Daud atau nama sebenar Wan Chik Othman dilahirkan pada tahun 1940 di Alor Merah, Alor Setar, Kedah. Pernah menjadi Ratu Kebaya semasa di Penang dulu sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Pembaca Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM). Nama Wan Chik DAUD , digabungkan dengan nama bekas suami, Daud Hamzah.

Filem DO RE MI keluaran STUDIO MERDEKA ini merupakan filem pertama bagi Wan Chik Daud. Beliau adalah selebriti kedua dari RTM yang diperkenalkan oleh P.RAMLEE ke layar perak selepas SHARIFAH HANIM di dalam MASAM MASAM MANIS. Filem ini juga adalah filem pertama yang menggandingkan kembali P.Ramlee dan A.R Tompel selepas kali terakhir bergandingan di dalam filem ALOHA pada tahun 1950.

Filem DO RE MI & NASIB DO RE MI telah melonjakkan nama Wan Chik Daud antara pelakon wanita terawal berlakon dalam filem arahan P .Ramlee di Kuala Lumpur selepas Seniwati Mahyon Ismail sebagai heroin dan Seniwati Fazlyaton didalam Si Tora Harimau Jadian.

Dialog dialog ikonik yang masih mampu membuatkan kita terhibur bila terkenangkan semula. Fakta yang menarik mengenai filem Do Re Mi ini adalah skrip yang digunakan tidak siap sepenuhnya, P.Ramlee telah meminta para pelakonnya membuat dialog secara spontan.

Filem ini merupakan 2 filem pertama dan terakhir berlakon dibawah arahan P.Ramlee. Wan Chik Daud meneruskan kerjaya sebagai penyampai berita RTM. Pernah muncul dalam drama bersama Karim Latiff, dalam Telemovie MENEBUS MARUAH (1988) dimana Omara Hashim dan Yusof Hashim menjadi Penerbit serta pementasan MALAM HARAM (1999) bersama Pelakon Khalid Salleh , arahan Rosminah Tahir.

Pernah berkahwin dengan pelakon terkenal, M.Rajoli pada tahun 1986 sehingga M.Rajoli menghembuskan nafas terakhir pada 17 September 2010. Al fatihah.Credit BH dan Fb Repair Gambar Lama.