Pelajar As Sofa tetap tenang dgn Al-Quran walau kini 59 org P0S1T1F C0V1D19!

Seremban : Semalam sahaja Kluster Sofi pula dilaporkan di Seremban, Negeri Sembilan dengan kes indeks bagi kluster ini adalah hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober lalu.

Saringan kontak rapat dilakukan mendapati 33 lagi kes p0sitif bagi kluster ini. Sehingga jam 12 tengah hari tadi, seramai 160 individu disaring dengan 34 kes dikesan positif, 11 individu negatif dan 115 individu masih menunggu keputusan.

Hari ini seramai 26 individu lagi dari Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) Senawang dekat sini disahkan positif C0V1D19 hari ini.

Pengerusi Pengelola STIAS Senawang, Abdullah Abdol Razak berkata, hasil ujian saringan yang dilakukan Kementerian Kesihatan kesemua mereka membabitkan seramai lapan orang kakitangan dan 18 orang pelajar.

Keputusan pihak Kementerian Kesihatan mendapati hasil ujian saringan yang dilakukan terdapat pertambahan baru seramai 26 individu yang disahkan positif C0V1D19.

Tambahan terbaru tersebut adalah membabitkan seramai 8 orang kakitangan dan 18 orang pelajar, katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seramai 33 pelajar sekolah swasta tersebut disahkan positif C0V1D19 hasil ujian saringan yang telah dibuat seluruh warga kerja dan pelajar berikutan salah seorang daripada pelajarnya didapati positif C0V1D19 sekali gus mewujudkan kluster baharu yang digelar Kluster Sofi.

Sementara itu, Abdullah menjelaskan, atas nasihat pihak Kementerian Kesihatan pihak sekolah telah mengambil tindakan dengan menempatkan pelajar yang positif di bilik khas yang berasingan daripada para pelajar dan guru yang masih menunggu keputusan, begitu juga segala kemudahan harian turut diasingkan.

Manakala kesemua pelajar harian yang tidak menetap di asrama juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di sekolah sementara menunggu keputusan ujian saringan bagi mengelakkan jangkitan ini tersebar ke luar kawasan sekolah, katanya.

Sementara itu, katanya, segala keperluan asas termasuk bekalan makanan, pelitup muka dan pencuci tangan kepada pelajar dan kakitangan yang sedang dikuarantin di sekolah juga adalah mencukupi hasil sumbangan pihak Yayasan Sofa dan Kumpulan Pendidikan Muhammadiah (MUTIM) selain bantuan ibu bapa, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pihak sekolah akan terus mengikuti segala langkah-langkah yang disyorkan Kementerian Kesihatan dan sentiasa mematuhi segala arahan pihak berkuasa dengan mengambil langkah penjagaan lebih ketat untuk mengelakkan penyebaran wabak ini.

Malah sepanjang tempoh kuarantin ini, pihak sekolah terus menyusun rutin harian pelajar di mana mereka akan solat secara berjemaah dengan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) penjarakan sosial, mengulang hafalan al Quran dan mengulangkaji pengajian akademik mereka di tempat masing-masing, katanya.

Sementara itu, sebahagian daripada pelajar dan kakitangan yang disahkan positif C0V1D19hari ini telah dibawa ke Hospital Rembau kira-kira pukul 3.30 petang dengan menggunakan sebuah bas Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan dan sebuah ambulans.