Pegawal B0mba PKB11 Tuan Alias K0RBAN ke263 C0V1D19!

Kota Kinabalu : Seorang pegawai bomba disahkan men1nggal dunia akibat jangkitan k0ronavlrus (C0V1D19) di Hospital Queen Elizabeth I (HQE 1) di sini pagi tadi.

Penguasa Kanan Bomba II, Alias Abu, 56, menghembuskan n4fas terakhir pada jam 9.15 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di hospital itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, jen4zah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala, Papar, petang ini.

Allahyarham yang menerima rawatan sejak 16 Oktober lalu berada dalam keadaan kritik4l hingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sehingga pagi tadi, katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, Allahyarham seorang pegawai yang komited dan berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Beliau sudah berkhidmat dalam pasukan kira-kira 30 tahun dan ini satu kehilangan besar kepada JBPM Sabah terutama di bahagian operasi, katanya.

Terdahulu, Kamarulzaman berkata, Allahyarham bersama 15 pegawai bomba disahkan p0sitif selepas menjalani ujian s4ringan C0V1D19.

Semua pegawai terbabit termasuk Allahyarham kemudian diarahkan menjalani kuarantin di HQE I.

Bagaimanapun Allahyarham disahkan men1nggal manakala 15 pegawai disahkan pulih,katanya.

Difahamkan, Allahyarham turut menghidap sakit j4ntung dan juga asma sebelum ini.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak semoga mereka semua tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan arw4h.Al fatihah.