Papaa sudah tiada syg, kmlgan diLPT2 otw balik kerja patut call tidak terjawb – isterii !

Kemaman : Tidak disangka oleh seorang isteri penantian suami pulang kerja lewat berakhir dengan tr4gedi pilu bila mendapat berita yang suami telah terlibat kem4langan dan disahkan men1nggal dunia semasa dalam perjalan pulang dari kerja.

Utusan melaporkan seorang juruelektrik m4ut manakala rakan sekerjanya cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 266.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di sini malam tadi.

N4has kira-kira pukul 9.30 malam itu mengakibatkan Junazeni Taha, 45, dari Felda Kertih Satu di Ketengah Jaya, Dungun putus t4ngan kanan dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersep1t di antara kenderaan Perodua Kenari dipandunya dengan besi penghadang jalan.

Bagaimanapun, rakannya, Muhammad Normasrie Aziz hanya mengalami luka di beberapa bahagian b4dan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, dari arah Kuantan ke Terengganu.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu Junazeni yang hilang kawalan itu kemudian melanggar besi penghadang jalan di bahagian kiri sebelum terbalik secara mengiring.

M4yat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat manakala rakannya dirawat di unit kecemasan hospital sama, katanya kepada pemberita.

Menurut Hanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, isteri Junazeni, Wan Nasrah Wan Jaafar, 44, tidak menyangka kepulangan lewat suaminya dari tempat kerja bertukar tr4gedi.

Ibu kepada lima anak berusia antara empat hingga 15 tahun itu berkata, hatinya mulai tidak sedap apabila terbaca mesej di aplikasi WhatsApp tentang kem4langan membabitkan sebuah Perodua Kenari berwarna hijau dan terus menghubungi suaminya, namun tidak berjawab.

Semoga Cikgu Wan Nasrah dan anak anaknya tabah kehilangan suami dan ayah tersayang bagi anak anak perginya semasa perjalanan pulang dari mencari rezeki semoga rohnya tenang disana. Al fatihah.