Papa sudah tiada syg, Kami baru smbut Anniversary bersama (5gmbr)

Rembau : Seorang pekerja penyelenggaraan m4ut selepas dipercayai tergelincir ke dalam kolam di tempat kerjanya di sebuah kilang ayam di Kampung Gebok, Mantin semalam.

Dalam kejadian berkenaan, m4ngsa, Shahrun Nizam Mohamad Norman, 25, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian selepas m4yatnya ditemui di dasar kolam oleh pasukan bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hidayat Basly, pasukannya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 10.36 malam dan tiba di lokasi pada pukul 10.43 malam.

Kita menerima maklumat terdapat seorang lelaki terj4tuh ke dalam kolam yang terdapat di kilang berkenaan, Kita menggunakan Grippling Iron untuk mencari mangsa.

Portable pump juga digunakan untuk mengepam air keluar dari kolam yang dianggarkan berkeluasan setengah padang bola dan sedalam 2.5 meter,katanya ketika dihubungi dekat sini tadi.

Menurutnya, keadaan cuaca semasa itu hujan dan mangsa ditemui kira-kira pukul 1.48 pagi.

M4ngsa disahkan m4ut oleh pasukan paramedik dan diserahkan kepada pasukan polis bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, ibu m4ngsa, Samiah Omar, 47, berkata, anak sulongnya itu merupakan seorang anak yang sangat baik, rajin serta pantas menghulurkan bantuan sekiranya diminta.

Minta tolong apa sahaja mesti along buat, tak pernah menolak. Walaupun masih sedih dengan kejadian ini saya bersyukur apabila urusan pengebumian arw4h dapat berjalan dengan lancar walaupun di hari cuti hujung minggu.

Selesai bedah siasat terus mandi, dikafankan dan disolatkan sekali di hospital sebelum di bawa ke Masjid Kariah Chengkau Ulu untuk disolatkan sekali lagi selepas solat Zuhor, katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Batu 24 dekat sini tadi.

Samiah berkata, dia dan suami, Mohamad Norman Bajuri, 48, bergegas ke tempat kerja anaknya dari Chengkau ke Nilai selepas solat Maghrib semalam (kelmarin) setelah menerima pesanan WhatsApp dari menantu mereka, Zakiroh Ahmad Sabri, 27, kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya, menantunya yang bekerja di kilang yang sama mulai berasa tidak sedap hati apabila suaminya masih belum lagi pulang pada lewat petang.

Menantu meminta berpatah balik ke tempat kerja kerana ternampak sebuah kereta dengan lampu masih dihidupkan. Bila kami sampai di lokasi dimaksudkan memang ada kereta anak kami dan pihak pengurusan kilang menghubungi pasukan bomba bagi mendapatkan bantuan.

Arw4h meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia dua tahun.

Moga keluarga dan isteri arw4h tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan arw4h. Al fatihah.