Papa sudah tiada sayang, tragdi pagi jumaat rgut nywa suami dan 2 rkan (5gmbr)

Batu Pahat : Hancur luluh hati seorang isteri apabila memdapat tahu suami tersayang yang keluar berkerja ditimpa kemalangan bila lori yang dipandunya bersama dua pembantu terlibat kemalangan awal pagi tadi.

Sebak luahan puan Malina isteri kepada arwah Mohamad Azraai dilaman facebooknya ” yaa allah abg dh tinggalkan syg selamanya 😭😭😭😭😭al fatihah uat suami tersygg semoga abg tenang disana sya tunggu abg dkt sana nanti yee ya allah kuat lah hati aku “.

Dalam kejadian pagi tadi tiga m4ut dalam kem4langan ngeri1 melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang-Batu Pahat di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 6.28 pagi, lori seberat tiga tan dengan muatan peralatan bengkel bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan simen.

N4has mengakibatkan treler menghemp4p lori dan menyebabkan pemandu lori, Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, dan dua kelindannya, Sadam Hussin Hamidon, 30, Deli Mustapha, 59, tersepit.

Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam serta BBP Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmantan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin Shoromi Salih berkata, pihaknya mengeluarkan m4ngsa dengan menggunakan peralatan khas dibantu sebuah kren.

Semua m4ngsa tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira dua jam, Ketiga -tiga m4ngsa disahkan men1nggal dunia oleh pegawai perubatan.

Semua m4ngsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun pemandu treler berkenaan, Saiful Nizam Mansor, 39, terselamat dan operasi tamat pada jam 8.43 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Arwah Azraai meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan yang masih kecil semoga dia kuat demi anak tersayang, arwah Azraai berasal dari Muar. Al fatihah.