Pagi tadi yg trakhir istri brsalam dan ciumm tngan sya sblum keluar!

Pekan : Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik Hospital Pekan selepas seorang jururawat dan pemandu m4ut ketika dalam perjalanan ke kampung Orang Asli untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Jururawat Julayha Kudus, 39, m4ut manakala Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, parah di kepala.

Mereka yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dilaporkan dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat di Nenasi, Pekan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di sana.

Sementara itu, suami Julayha, Asmawi Yusoff, 45, berkata, dia sempat melihat jen4zah isterinya terbaring di bahu jalan, selepas dihantar rakannya ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh suami kepada rakan isterinya itu.

Dia yang merupakan tenaga pengajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, turut mengikut kenderaan yang membawa jenazah ke Hospital Pekan sebelum pulang ke rumah, untuk memberitahu berita sedih itu kepada empat anak mereka yang berusia antara lima hingga 14 tahun.

Saya mengambil masa agak lama di rumah untuk menenangkan anak-anak, sebelum kembali ke hospital bagi menguruskan jenazah. Saya tidak menyangka pagi tadi adalah kali terakhir isteri bersalam dan mencium tangan saya, yang menjadi rutin arw4h sebelum keluar bekerja, katanya.

Asmawi berkata, jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Jambu di sini, selepas keluarga isterinya dari Palong, Negeri Sembilan memberi kebenaran bagi memudahkan mereka untuk menziarah.

Berat dugaan Cikgu Asmawi yang maha esa lebih sayangkan arw4h isteri perginya disaat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan buat dirinya untuk negara.

Pergi dijemput ilahi akibat kecuaian pemandu lain yang memandu melulu sehingga meng0rbankan insan yang tidak bersalah, suami kehilangan isteri anak anak kehilangan ibu tersayang. Al fatihah.