Pagi kita bergurau sambil makan, petang dirimu dah tiada abe faizun!

Putrajaya : Seorang pekerja penyelenggaraan m4ut akibat tersepit di atas lif ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pangsapuri di Presint 9 di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari di Pangsapuri Harmoni, Presint 9 itu, mangsa Mohd Faizun Mat Zain,36, dipercayai sedang melakukan penyelenggaraan di atas sebuah lif sebelum ditemui tersepit antara lif dan aras tingkat pangsapuri.

Mengikut rakan mangsa Ahmad Nasrul Annuar yang amat terkesan dengan permergian arwah bila mana pada waktu pagi mereka sarapan bersama sambil bergurau arwah tidak menunjukkan sebarang tanda akan pergi meninggalkan mereka semua serta keluarga tercinta.

Ini lauhannya buat arwah yang disifatkan seorang yang sangat baik dan amat disenangi ramai.

“Hari yg indah ko pergi..terima kasih sahabat..baru pagi tadi ko bergurau gn kiteorg kt kdai makan..tiada tanda2 ko nak pegi..nie la pejuangan seorang bapa..suami..ayah..igt la..semoga ko ditempatkan dikalangan para syahid -Ahmad Nasrul Annuar “.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Hafizal Mohd. Razali berkata, anggotanya mengambil masa 30 minit bagi mengeluarkan m4yat mangsa.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum bergerak ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, mangsa disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Operasi mengeluarkan mangsa tersebut membabitkan 12 pegawai bomba diketuai Timbalan Penguasa Bomba Che Shaari Abdullah, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, m4yat mangsa kemudian diserahkan kepada kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Diharap isterinya Nurhalimaton Sakdiah Harun tabah dengan apa yang berlaku, Arwah meninggalkan sorang balu dan 3 orang puteri berusia (8thn, 6thn & 4thn).

Tiada lagi suami atau ayah pada isteri dan anak anak ini pergi dijemput ilahi dihari jumaat yang mulia ketika berkerja mencari rezeki buat keluarga. Al fatihah.