Omay meninggal lepas solat, tinggalkn isteri sarat mngadung (6gmbr)

Sandakan : Ajal tidak mengenal usia, sakit atau pun sihat jika sudah sampai masanya akan pergi, kisah sedih ini diceritakan oleh Pengurusan Van Jenazah Abam Botak di Sandakan Sabah mengenaik permergian rakan baiknya Omay Jumaine disaat kehidupannya dipuncak bahagia selepas mendirikan rumah tangga.

Mengikut keluarganya Arwah Omay tidak punyai sebarang penyakit dipergi secara tiba tiba selepas menunaikan solat, betullah orang cakap insan yang baik cepat sahaja Allah ambil dan perginya amat mudah, sebak membaca tulisan yang dikongsi Abam Botak ketika diamanahkan menguruskan jenazah rakan baiknya itu.

Omay – Terlebih dahulu saya ingin ucapkan takziah kepada isteri arwah Jumaine Bin Gappar lebih mesra dengan panggilan Omay Jumaine dan juga seluruh ahli keluarganya.

Bersabarlah dengan setiap apa yang berlaku, Semoga kita semua dapat bertemu di syurganya kelak, Aminn,Saya mula berkenalan dengan arwah sejak beberapa tahun yang lalu. Orangnya memang sangat bersopan santun.

Tutur katanya juga sangat merendah diri dan menghormati orang lain,Semoga kau tenang di sana sahabatku, Meskipun perkenalan kita sangatlah singkat,Tapi aku bersaksi sedikit sebanyak kau juga ada turut sama membantu team Abam Botak.πŸ™πŸ»

Semasa mula-mula mendapat perkhabaran tentang kematianmu,Saya seolah-olah tidak percaya, sebabnya arwah masih muda lagi dan kami seusia, Lebih mendukacitakan, arwah baru saja berkahwin dan isterinya kini sedang mengandungkan anak pertama mereka.😭😒

Ketika itu saya sedang berjalan dengan keluarga, Saya ambil keputusan untuk ke sana segera dan memberikan penghormatan yang terakhir.

Malam itu jen4zah telah dibawa ke Jabatan Forensik untuk menjalani “swabtest” terlebih dahulu,Keesokannya barulah keputusan “swabtest” dapat diketahui. Alhamdulillah negatif.🀲🏻

Semasa di Jabatan Forensik, saya melihat isterinya tidak henti henti menangis, hinggalah jenazah dibawa ke masjid dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sebait.

Isteri dan keluarganya meminta kami uruskan jen4zahnya, sahabat handai dan kenalan juga ramai yang hadir sama. Alhamdulillah pengurusannya dipermudahkan.

Semasa di dalam kereta jen4zah, Saya memandang isterinya ditempat duduk belakang ada berkata-kata dengan arwah sambil memeluk erat jasad arwah.😒😭

Masa tu air mata siapalah yang tidak menitis, saya tidak tahulah, saya turut mengalirkan air mata juga.😭😒

Semoga kau tenang dan selamat di sana sahabatku. Doakan kebaikan untuk arwah ya teman-teman,Halalkan segala makan minumnya, maafkan segala kesalahan dan kesilapannya.

Dan semoga anak yang bakal dilahirkan oleh isterinya juga selamat dan menjadi anak yang berbakti kepada ibunya dan keluarganya.
Buat isterinya, tetaplah bersabar dan kuatlah demi arwah suamimu dan anakmu,Sungguh ini bukanlah pengakhiran, Selamat menempuh kehidupan dengan cemerlang.

Ya Allah bantulah isterinya dan juga anaknya, Kuatkanlah dan sokonglah mereka.😒🀲🏻,Tenang di sana wahai Sahabatku πŸ™Al fatihah Credit Abam Botak