Nabi Muhammad SAW, ” Membaca Qunut N azilah ketika para sahabat dtimpa musibaah ” (4Gmbr)

Putrajaya : Malam tadi berlangsungnya solat hajat dan doa untuk P4lestin yang dilaksanakan serentak di semua 89 buah masjid, 123 buah surau Jumaat dan 578 surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Bahkan, ada yang turut menyertainya dengan melakukannya di rumah masing-masing. Semua umat Islam Bersatu hati dalam menyahut titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain solat hajat dan berdoa, sebenarnya kita juga boleh membaca qunut nazilah dalam setiap solat fardu lima waktu.

Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad SAW pernah membaca qunut selain daripada solat Subuh ketika ditimpa musibah iaitu ketika terbvnuhnya para sahabat al-qurra.

Demikian nukilan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Syarah al-Muhazzab.

Memetik artikel Al-Kafi 969 : Hukum Membaca Qunut Nazilah yang disiarkan menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qunut nazilah diharuskan untuk dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan Islam dan umat itu sendiri secara keseluruhan.

Ia termasuklah kes yang mana umat Islam diperangi secara nyata atau dikhianati oleh m.usuh.

Bagi mereka yang tidak pernah melakukannya, Sinar Islam Plus kongsikan tatacara yang betul untuk membaca qunut nazilah sepertimana yang disarankan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Qunut nazilah hanya boleh dibaca dalam semua solat fardu sahaja dan tidak boleh dilakukan dalam solat solat sunat.

Ia boleh dibacakan secara kuat ketika solat berjemaah dan dibaca dengan perlahan andai kata kita menunaikan solat secara bersendirian.

Dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun daripada rukuk (semasa iktidal).

Andai terlupa membacanya, tidak perlu melakukan sujud sahwi.

Sunat mengangkat tangan ketika berdoa dan tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

Bagi memudahkan kita untuk membaca qunut nazilah, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan menyediakan doa tersebut yang berbunyi:

اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

(Ya ALLAH, sesungguhnya kami letakkan ENGKAU di tengkuk musuh-musuh kami, dan kami berlindung kepada-MU daripada kejahatan mereka. Ya ALLAH, hancur leburkan kumpulan-kumpulan mereka, dan kacau bilaukan persatuan mereka, serta cerai-beraikan pakatan mereka. Goncangkan pendirian mereka, dan hantarkan kepada mereka anjing-anjing-MU)

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله

(Wahai Tuhan YANG MAHA GAGAH, Wahai Tuhan YANG MAHA KERAS, Wahai Tuhan YANG MAHA MEMBALAS)

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِمهم , وانصُرْنا عليهم

(Wahai ALLAH, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan awan, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka)

Bukan itu sahaja, selain membaca qunut nazilah untuk umat Islam di Palestin, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan turut menyarankan agar kita membaca doa qunut nazilah untuk wabak C0V1D19.

Doa tersebut berbunyi:

‎اللّهُمَّ اهْدِنَا فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيْمَنْ عَافَيْتَ،

(Ya ALLAH, berikanlah kami hidayah sebagaimana mereka yang telah ENGKAU beri hidayah. Berikan kesihatan kepada kami sebagaimana mereka yang telah ENGKAU berikan kesihatan)

‎وَتَوَلَّنَا فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لَنَا فِيْمَا أَعْطَيْتَ

(Dan peliharalah kami sebagaimana orang-orang yang telah ENGKAU peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah ENGKAU kurniakan)

وَقِنَا بِرَحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِى وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ

(Dan selamatkan kami dengan rahmat-MU daripada bahaya yang telah ENGKAU tentukan. Maka sesungguhnya, ENGKAULAH yang menghukum dan bukannya yang dihukum)

‎فَإِنَهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ

(Dan sesungguhnya tidak hina orang yang ENGKAU pimpin. Dan tidak mulia orang yang ENGKAU musuhi)

‎تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ،

(MAHA SUCI ENGKAU wahai Tuhan kami dan MAHA TINGGI. Maka bagi ENGKAULAH segala pujian di atas apa yang ENGKAU hukumkan)

‎وَنَسْتَغْفِرُكَ وَنَتُوْبُ إِلَيْكَ

(Kami memohon ampun daripada-MU dan kami bertaubat kepada-MU)

اللّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلَآءَ وَالْوَبَآءَ
‎وَالْغَلَآءَ وَالْمِحَنَ وَالْفِتَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن

(Ya ALLAH, hindarkanlah kami daripada musibah dan wabak penyakit. Dan (hindarkanlah kami daripada) kejatuhan ekonomi dan kesulitan dan ujian, dari segi zahir mahupun batin)

‎عَنْ بَلَدِنَا هَذَا خَآصَّةً، وَعَنْ بُلْدَان عَآمَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

(Di negara kami ini khususnya (Malaysia) dan negara-negara lain umumnya. Wahai Tuhan sekalian alam)

‎وَصَلَّ اللّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ

(Dan semoga ALLAH mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda).

Semoga doa yang tulus daripada seluruh umat Islam akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Sama-samalah kita terus memanjatkan doa dalam membantu saudara seagama kita. Credit Sinar Islam Plus.