N1at membantu rkan tapi Deniss yg lemass, 1bu pegsan lihat jsad ank!

Ipoh: Kanak-kanak yang hilang di Sungai Chepor dekat Kampung Chepor Dalam, Selasa lalu ditemui lem4s di sungai berhampiran sebuah kilang di Lahat di sini, hari ini.

Mayat Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry, 10, ditemui pasukan sukarelawan, Kayak Kamparado pada jarak 17 kilometer (km) dari tempat dia jatuh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan penemuan pada 2.55 petang dan kerja membawa naik m4ngsa dilakukan pasukan penyelamat.

Terdahulu, lima anggota bomba dan penyelamat melakukan pencarian sejauh 1.5 kilometer, manakala sepasukan anggota bersama pasukan sukarelawan berkenaan mencari di Sungai Kuala Pari hingga ke Sungai Kinta berjarak tujuh ke 10 kilometer.

Pencarian hari ketiga dilakukan di permukaan dan sungai menggunakan dua bot serta empat kayak.

Menurut jurucakap, operasi turut disertai anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan yang melakukan pencarian di Jeti Pokok Assam, Teluk Intan dengan menggunakan dua bot.

Turut serta dalam operasi itu, anggota unit K9 Polis Diraja Malaysia.

Kanak-kanak berkenaan dilapor hilang Selasa lalu selepas dipercayai terjun sungai untuk membantu mengambil selipar rakannya.

Saya nampak dia hanyut dan menjerit meminta tolong,kata Mohd Syawal Rozali, 13, saksi insiden kanak-kanak lelaki dikhuatiri lem4s di dalam Sungai Chepor dekat Kampung Chepor Dalam, di sini, hari ini.

M4ngsa, Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry, 10, dipercayai terjun ke dalam sungai untuk membantu untuk mengambil selipar rakannya yang terjatuh di dalam sungai.

Mohd Syawal berkata, dia secara kebetulan melalui jambatan di situ dan terserempak dengan m4ngsa bersama empat rakannya mahu mandi di sungai berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian seorang daripada mereka turun ke dalam sungai untuk mengambil selipar yang terjatuh.

Saya melihat sendiri m4ngsa terjun ke dalam sungai untuk membantu, dan rakannya berjaya naik ke tebing, tetapi m4ngsa terus dihanyutkan air.

Selepas hanyut, saya nampak dia cuba berpaut pada pokok di tebing sungai dan menjerit-jerit minta tolong,katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, dia yang menyaksikan kejadian itu terus berlari dan cuba meminta bantuan kepada orang ramai.

Saya cuba hendak membantu untuk turun berenang, tetapi ketika itu air agak deras, jadi saya berlari pergi minta pertolongan. Bagaimanapun, apabila kembali semula mendapati dia sudah hilang, katanya.

Ibu bapa mangsa turut berada di lokasi kejadian menunggu pasukan penyelamat melakukan operasi mencari anaknya, malah ibunya dilihat memanggil-manggil nama anaknya sambil menangis.

Sementara itu, ibu mangsa Maizatul Nadia Zulkifli berkata, dia mengetahui kejadian lalu terus ke lokasi.

Katanya, Muhammad Deniss adalah anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal di rumah datuknya berdekatan kampung itu. Al fatihah.