Msteri kenapa Kontraktor menolak repair paip tersumbat terjawab (5Gmbr)

Satu perkongsian daripada Puan Natipah Abu mengenai sebuah keluarga yang dihuni oleh ibu tunggal dan 9 orang anaknya 4 dari mereka telah berkerja amat mengejutkan apa yang Puan Natipah melihatnya.

Pihak Puan Natipah telah diminta oleh keluarga ini untuk membantu mereka menyelesaikan masalah paip tersumbat dirumah mereka.

Alangkah terkejutnya Pihak Puan Natipah apa yang dilihatnya beberapa gambar yang dirinya ambil dan dimuat naik kelaman sosialnya dengan ” Caption”.

JANGAN TANYA DI MANA !

Kelu lidah, Mula – mula masuk, terpaksa keluar semula, rasa nak putus nyawa.

Masuk semula setelah sapu minyak cap kapak penuh hidung dan mask .

Masalah paip sumbat, Rumah milik seorang ibu tunggal, anak 9 dan 4 orang sudah bekerja, semua tinggal serumah.

Macam manalah yang dah bekerja tu hidup dalam keadaan macam ni, Memang tak boleh nak jawab sungguh.

Kes dirujuk kepada kita utk tujuan membaiki paip yg tersumbat setelah ditolak beberapa pihak – Natipah Abu.

Ekoran dari apa yang ditulis oleh Puan Natipah patut lah ramai kontraktor yang tidak sanggup untuk menyelesaikan masalah paip tersumbat keadaaan tidak mengizinkan mereka berbuat demikian dengan keadaan rumah yang amat kotor dan jijik.

Rata netizen terkejut dengan apa yang mereka lihat seperti mana yang dimuat naik oleh Puan Natipah, berbagai persoalan timbul bagaimana lah mereka sekeluarga boleh tinggal dalam keadaan rumah yang amat kotor dan jijik itu.

Apa masalah mereka sebenarnya sehinggakan tidak dapat membersihkan tempat tinggal mereka dengan sisa sisa makanan dan sampah yang berselerak, kain baju yang tidak tersusun, moga ada pihak yang sudi membantu memberi kaunseling supaya mereka hidup dalam keadaan yang bersih dan teratur. Credit Natipah Abu.