Mohon padam gmbar jsad arwh, ” Hormati lah perasaan keluarga kami ” (6Gmbr)

Kota Bharu : Apa yang berlaku sungguh mengejutkan dan tr4gis h4ncur luluh hati keluarga melihat sendiri jasad insan yang bergelar suami dan ayah pada anak anak itu.

Mereka ahli keluarga memohon sesiapa yang memiliki gambar gambar jas4d arw4h mohon ” Padam ” hormatilah perasaan keluarga ini yang tengah bersedih dengan apa yang berlaku.

Mengimbas kembali apa yang berlaku sebaik diberi tahu kejadian ini tular, anak kedua saya datang ke lokasi kejadian melihat sendiri keadaan berlaku kerana kami dikhabarkan kereta Proton Iswara Aeroback yang terbabit dan risau ia milik suami, kata Faridah Hussin, 49.

Dia adalah isteri kepada Wan Hassan Wan Ali, 49, yang m4ut dalam kejadian kereta meletup di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, hari ini.

Menurutnya, anaknya pulang dan dengan yakin beritahu bahawa ia bukan kereta milik arw4h namun anak sulung saya, Wan Nur Hidayah, 22, sekali lagi ke lokasi sebelum mengesahkan ia adalah kenderaan ayahnya memandangkan dia lebih biasa dengannya.

Dia yang masih dalam keadaan terkejut, memberitahu kali terakhir berjumpa suami pada 4 petang ketika mangsa menghantarnya ke rumah saudaranya di Kampung Tanjung Chat di sini, dan berlalu pergi tanpa sebarang perlakuan yang mencurigakan.

Sebaik diberitahu, ia (kejadian itu) membabitkan suami, saya terus ke lokasi kejadian dan badan saya bagaikan kaku seketika apabila dia dalam keadaan yang sudah tidak sempurna susulan letup4n terbabit.

Hanya tuhan yang tahu betapa luluhnya hati saya, Kami sekeluarga tidak berganjak ke tempat lain dan hanya berkumpul di lokasi kejadian sehingga jenazah suami dibawa ke hospital sambil membaca ayat suci al-Quran sebagai satu-satunya cara untuk tenangkan kami.

Sekarang kami serah sahaja kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dan Insya-Allah, jen4zah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sireh selepas semua urusan selesai,katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Faridah berkata, sudah menjadi rutin suaminya berulang-alik di jalan berkenaan dari Kampung Sireh ke Kampung Kota di sini, memandangkan kami akan berpindah ke rumah baharu tidak lama lagi.

Bagaimanapun, keterujaan untuk pindah ke rumah baharu kini sudah tiada dengan apa yang terjadi hari ini, saya reda namun pasti mengambil masa untuk membiasakan diri tanpa dia di sisi.

Insya-Allah, saya cuba kuatkan diri bersama tiga anak berusia 19 hingga 22 tahun, katanya.

Semoga Puan Faridah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Dah dan anak anak tabah yang maha esa lebih sayangkan arwah suami dan ayah pada anak anak ini pergi dijemput ilahi dihari jumaat yang mulia. Al fatihah.