Moga pengorbnan Cikgu dicatat syahid dijalan Allah!

Bukit Mertajam :Moga pengorbnan Cikgu dicatat syahid dijalan Allah! Guru yang m4ut dalam kemalangan di Miri, Sarawak kelmarin, hanya berkurung dalam bilik ketika pulang ke kampungnya di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang minggu lalu.

Nur Anisah Othman, 29, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Lio Mato, Baram, Sarawak pulang ke kampung seorang diri berikutan suaminya bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur.

Bapanya, Othman Darus, 62, memberitahu anak keduanya itu seorang yang ceria dan sering menghiburkan keluarga tetapi kelihatan berubah apabila hanya berkurung dalam bilik ketika pulang ke kampung sempena cuti peristiwa 24 Ogos lalu.

moga-pengorbnan-cikgu-dicatat-syahid-dijalan-allah

Dia balik terus tak mahu keluar dari bilik. Dia keluar pergi pasar saja sekejap, lepas itu balik.

Selalunya bila keluar dia gembira, ceria tapi (kali ni) dia berkurung dalam bilik… dia sembang dengan mak dia, dia kata lebih kuranglah… dia hendak ajak pergi melancong ke Pulau Pangkor.

Dia memang suka suka melancong…, katanya yang kelihatan sebak ketika menceritakan kejadian menimpa anak perempuan tunggalnya itu.

Katanya, Nur Anisah baru berkahwin setahun lalu dan belum dikurniakan zuriat.

moga-pengorbnan-cikgu-dicatat-syahid-dijalan-allah

Walaupun reda dengan kejadian itu, Othman mengakui agak terkilan kerana sebelum ini pernah meminta anak keduanya itu memohon untuk bertukar ke Semenanjung kerana sudah enam tahun mengajar di Sarawak tetapi gagal.

Ini masuk tahun yang keenam di Sarawak. Saya minta (dia) tukar banyak kali tapi tak dapat… orang lain dua tiga tahun dapat tukar, anak saya tak dapat, katanya.

Nur Anisah maut manakala tiga rakannya ceedra selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Long San kira-kira 220 kilometer dari Miri dalam kejadian jam 4.30 petang.

moga-pengorbnan-cikgu-dicatat-syahid-dijalan-allah

Mereka terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke sekolah selepas tamat tempoh kuarantin di sebuah hotel.

Jenazah telah diuruskan dan disembahyangkan di Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku oleh ratusan warga pendidik dari Miri, Subis dan Baram serta warga setempat.

Jenazah akan diterbangkan ke Kuala Lumpur dan kemudiannya akan dibawa ke negeri kelahirannya di Pulau Pinang untuk disemadikan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Cikgu Nur Anisah binti Othman.

Semoga pengorbanan beliau dicatatkan sebagai syahid di jalan Allah. Tenanglah dikau di negeri abadi. Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo