Minggu lepas kenduri kahwin, kini tahlil pula menyusul dik!

Tawau : Minggu lepas kenduri kahwin, kini tahlil pula menyusul dik! Demikian luah Dariah Damsah, kakak kepada Dayana Damsah, 27, mangsa yang terk0rban dalam kem4langan semalam.

Dalam kejadian itu empat guru wanita Sekolah Kebangsaan Umas Umas, telah terlibat kem4langan di Kilometer 32, Jalan Tawau-Kalabakan, yang mana dua dari mereka meninggal dunia dan dua lagi p4rah.

Luahan hati yang di muat naik Dariah di laman sosial facebook miliknya itu mendapat perhatian ramai khususnya keluarga dan kenalan mereka sehingga mendapat lebih 400 komen dan perkongsian.

minggu-lepas-kenduri-kahwin-kini-tahlil-pula-menyusul-dik

Saat gembira pasangan pengantin bahari Dayana dan Nurhan, minggu lalu.

Menurut ibu mertua Dayana, Pujiah Nasurin, 56, mangsa bernikah dengan anaknya, Nurhan Ayub, 27, pada 27 Julai lalu di kediaman pengantin perempuan di Kampung Pasir Putih, di sini.

Kemudian, majlis perkahwinan mereka dilakukan di tempat kami, Sabtu lalu, iaitu pada hari kedua Aidiladha.

Kali terakhir saya berjumpa dengan mangsa, semalam, selepas Allahyarham menghantar Nurhan di Lapangan Terbang Tawau, katanya ketika ditemui media di perkarangan Unit Forensik Hospital Tawau, hari ini.

minggu-lepas-kenduri-kahwin-kini-tahlil-pula-menyusul-dik

Tambahnya, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Nurhan, pagi tadi, memaklumkan kejadian menimpa Dayana.

Difahamkan, Nurhan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi semalam, sebelum ke Kemaman, Terengganu untuk bertugas di sana.

Bagaimanapun, ia pertemuan terakhir pasangan pengantin baharu itu, sebelum Dayana maut kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, pagi tadi.

minggu-lepas-kenduri-kahwin-kini-tahlil-pula-menyusul-dik

Nurhan dijangka tiba di Tawau jam 7 malam ini.

Nurizyani, baru 3 bulan bertugas di SK Umas Umas.

Seorang lagi mangsa maut, yang juga rakan sekerja Nurizyani Kafli, 24, baru saja tiga bulan bertugas di sekolah rendah berkenaan.

Mereka bersama dua lagi mangsa terselamat dikatakan sering berkumpul di Taman Semarak, sebelum menaiki sebuah kenderaan ke SK Umas Umas.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Tawau apabila beberapa keluarga dan kenalan mangsa termasuk rakan sekerja di SK Umas Umas tidak dapat menahan kesedihan apabila menerima pemergian Dayana dan Nurizyani.

Turut hadir melawat keluarga mangsa penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai Sarifuddin Hatta.

Difahamkan, jenazah Dayana dijangka dikebumikan Tanah Perkuburan Kampung Pasir Putih, manakala Nurizyani dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Taman Megah Jaya sebaik selesai prosiding ujian saringan C0V1D19.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo