Minah dan senah penungguu setia setiap kali mereka lakukan kerja (5Gmbr)

Kajang: Setia disini sudah hampir dua tahun kucing itu berada di sini tanpa berganjak ibarat penghuni tetap tanah perkubvran ini, kata penggali kubur, Mohamad Rashidi Maajis, 29.

Dia menceritakan perihal dua kucing diberi nama Minah dan Senah yang menjadi “penunggu setia” di Tanah Perkvburan Islam Sungai Kantan, di sini.

Mohamad Rashidi atau mesra disapa Adi berkata, Minah dan Senah asalnya bukan kucing terbiar tetapi kepunyaan seorang guru wanita.

Menurut Adi, guru itu pernah membawa Minah dan Senah pulang ke kuarters tempat tinggalnya namun kucing berkenaan kembali semula ke tanah perkvburan ini.

Katanya, Minah dan Senah cukup manja dengan bapa saudaranya, Nizam Ahmad, 51, yang juga penggali kvbur di tanah perkvburan yang turut memberi nama kepada kucing berkenaan.

Mulanya saya tidak tahu dari mana datangnya Minah dan Senah kerana tiba-tiba saja muncul di sini.

Saya dan pakcik layan saja, beri kedua-duanya makan serta minum seperti biasa, Namun seorang wanita datang ke tanah perkvburan ini mendakwa sebagai pemilik Minah dan Senah.

Jadi kami biarkan dia bawa pulang ke rumah, Tetapi entah kenapa, kedua-duanya (Minah dan Senah) datang semula ke tanah perkvburan ini tidak lama kemudian,katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, Adi berkata, Minah dan Senah tidak pernah mengganggunya mahupun bapa saudara melakukan kerja di tanah perkvburan itu.

Sebaliknya, Adi berkata, Minah dan Senah hanya mengekorinya atau bapa saudara serta bermain sesama mereka.

Minah dan Senah adalah peneman kami menggali kvbur termasuk pada waktu malam, Jika ada waris datang, kedua-duanya turut sama mengekori mereka (waris) ke kvbur si m4ti.

Kebiasaannya, Minah dan Senah akan berkeliaran di sekitar tanah perkvburan, Namun jika hujan, kedua-duanya akan berteduh di pondok.

Pernah sekali, Minah dan Senah hilang kerana tidak sengaja diambil oleh seorang individu tetapi dikembalikan semula selepas isteri pak cik membuat carian dengan memuat naik hantaran di Facebook (FB), katanya. HM.