Mereka anak yg baik, Abg adik Aina pernah jumpa Ustaz beli buku dengannya – Ustaz Ebit

Kuantan : Permergian ibu tersayang depan mata amat menyedihkan tambahan pula ibu itulah tempat mereka menumpang kasih dan tempat bergantung selepas ayah pergi meninggalkan mereka.

Seorang tukang cuci m4ut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 34, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Sungai Ular di sini pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 7.20 pagi itu, Siti Rohani Shafie, 38, p4rah di bahagian kepala dan disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta, seorang lelaki berusia 42 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu ramai pihak kini membantu Adik Aina dan abangnya antaranya guru guru sekolah, En Syapik Hassan, Cikgu Fathiah Farid, Perkeso, Pas Dun Berserah dan yang terbaru Ustaz Ebit Lew juga kunjungi keluarga adik Aina.

Sayunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak. Masa ke sekolah berdua naik motor nampak maknya baru kemalangan masa nak pergi kerja. Motor lain. Arwah kerja cleaner, Ya Allah. Adik berdua tinggal bersama neneknya.

Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menangis dan nak peluk saya, Terasa macam keluarga, Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat, Dia kata sayang saya sambil menangis.

Ya Allah. Banyak kali mereka menangis hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni, ada buku tulisan saya, Dia kerja kebun getah sebelum ini.

Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman, Jauh juga. Katanya masa tu dia peluk saya di pentas, Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri, Saya masih ingat.

Ya Allah, Dua-dua macam nak bercerita lagi, Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak, Rindu nak jumpa dalam syurga, Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga, Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus ya.

Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain, Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar, Terima kasih cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat – Ustaz Ebit Lew.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh/Mohamad Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati, m4ngsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda menunggang di bahu jalan secara melawan arus dari arah Kemaman menghala ke Kuantan.

Menurutnya, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu operator mesin itu pula, dari arah bertentangan.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai masuk ke laluan utama menyebabkan pemandu kereta dari arah bertentangan gagal mengelak ekoran jarak terlalu dekat lalu berlaku perlanggaran.

Akibat kejadian itu, m4ngsa men1nggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga adik Aina dan abangnya dapat hidup dengan sempurna disamping nenek tersayang walaupun kini mereka kehilangan ibu tersayang buat selamanya. Al fatihah. Credit Ustaz Ebit Lew