Mengalir air mata bonda Ustz Dasuki ketika bisik ayh sudah mninggal (5gmbr)

Machang : Sebak apa yang berlaku bila mana keluarga Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani membawa ibu mertuanya yang baru pulih dari pembedahan menziarah pusara arwah suaminya Ustaz Md Azhari Abd Rahman.

Ustaz Dasuki menulis ” Saat senja yang mengalirkan lagi airmata keluarga kami, bonda Fatimah bt Hj muda di bawa pulang dari pembed4han di hospital kota bharu.

Mula adik beradik kami membisikkan di telinga nya ketiadaan ayahnda, laju airmatanya mengalir, semenjak dari semalam lagi bonda tertanya tanya ketiadaan ayahnda di sisinya.

Hari ini kami adik beradik berterus terang kepada bonda, sebelum sampai di rumah, ambulan yang membawa bonda di datangkan ke pusara Allahyarham suaminya,mengalir air mata jernih bonda melihat pusara suaminya, Allahuakbar, di iringi bacaan ayat ayat al quran untuk di baca bersama.”

Sebelum ini perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani bila mana ayah dan ibu mertuanya diduga sakit serentak, Ibu mertua Puan Fatimah Hj Muda terlebih dahulu dihantar ke Hospital Machang untuk menerima rawatan.

Semasa Ibu mertua sedang menjalani rawatan pembedahan ayah mertuanya Ustaz Md Azhari Abd Rahman pula dikejarkan ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia di Hospital ketika menerima rawatan.

Ini yang ditulis dalam perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani melalui laman facebooknya.

Moga doa di antara kita di mustajabkan di sisiNya, ayah mertua dan ibu mertua saya di Machang Kelantan sekali lagi di bawa ke hospital, dalam keadaan uzur di usia menghampiri 90 an, perlu di dialisis, doakan Ustaz Md Azhari Abd Rahman dan Fatimah bt Muda agar kesembuhan menjadi keberkatan dari doa kita semua.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Ayahnda Ustaz Md Azhari, perjalanan sebentar sahaja, pagi tadi berkejaran ke Hospital Machang, jam 1.12 petang sekejap tadi menghembuskan nafas nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.

Moga amalan arwah ayah yang sentiasa mendampingi Al Quran ini, hampir setiap bulan pasti di khatamkan 3 kali sebulan Al Quran menjadi penemannya di alam barzakh sana.

Malam ini selesai solat Isyak kami akan mengiringinya menghantar arwah ke alam yang lebih indah di sana nanti, Sahabat yang berkelapangan bolehlah bersama solat jenazah dengan SOP yang di tetapkan di Masjid Al Azhari di maahad tahfiz al azhari kampung Pangkal Chuit Machang malam ini.. doakan untuk arwah ayah.. Al Fatihah.

Bonda mertua Fatimah bt Hj Muda selamat selesai dari pembedahan menukar PEG tube care di saat suaminya Allahyarham ayahnda Ustaz Md Azhari menghembuskan nafas terakhir tadi.

Doakan kami anak anaknya ini menjadi anak anak yang soleh, Kami mohon dari doa soleh dan kosolehan kalian agar kami sekeluarga tabah menghadapi saat saat yang sukar ini katanya.

Semoga bonda mertua Ustaz diberi kesembuhan walalupun suami tersayang Ustaz Md Azhari tiada disisi, dia masih ada anak anak dan menantu yang setiasa menemaninya. Al fatihah.