Menaangis Ustz Ebit bila 490 org mngucap Syahadah diSemporna (5gmbr)

Semporna : Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari disini 490 orang masuk Islam mengucap syahadah dari 4 buah kampung Syukur dapat bimbing mereka syahadah.

Niat kerana dengar orang memerlukan bekalan makanan terus ke kawasan Bajau Laut yang tiada negara.

Melihat hidup mereka hidup atas air, Ada atas bot Hidup atas air sepenuhnya Sekali-sekala ke darat Mereka tiada agama Sampai mereka bertanya tentang tuhan.

Kami tidak tahu tentang tuha, Mereka dengan rela hati ingin memeluk Islam Sayu dengar mereka mengucap syahadah.

Syukur tadi selesai bawa kayu dan mula bina sekolah Kami cadang bina 3 sekolah Tadi dah dapat 6 guru untuk mengajar asas 3M dan Asas Islam Akhlak dan kasih sayang.

Tadi dah letak kayu Sebulan akan siap semuanya Saya akan bayar gaji guru Dan akan cuba bantu mereka secara berterusan Cikgu akan tinggal disana.

Menangis jer hari ini Terima kaseh Maritim menyediakan dan bantu kami dari mula sampai habis Terima kasih PDRM Terima kasih Komando 69 dan PGA dan ATM.

Terima kaseh Pengurusan Taman-taman Sabah yang memudahkan kami bina sekolah Terima kasih NGO yang terlalu banyak membantu mereka Ini sedikit usaha kecil kami Semoga menjadi asbab kebaikan.

Sebak menangis bila petang tadi masa tengok kayu di Pulau Tatagan dah sampai untuk buat sekolah atas air, Dalam masa sebulan akan siap sekolah ini insyaAllah.

Saya dah cari 6 orang guru untuk 3 sekolah yang saya nak bina.. 2 orang guru akan duduk di Pulau Tatagan ini mengajar sepenuh masa. Saya akan bayar gaji dan perbelanjaan jamuan dan sedikit keperluan asas orang kampung secara konsisten.

Guru ini akan mengajar Isnin sampai Jumaat tinggal disini, Guru boleh berbahasa Bajau Laut, Gembira tadi kami ulang-ulang syahadah bersama.
Saya tanya siapa nak sekolah? Semua seronok angkat tangan nak sekolah, Baik-baik gelak jer bergurau dengan mereka tadi.

Tapi saya menangis melihat mereka sebenarnya. Lagi sedih tengok anak kecil, Memang mereka dah biasa hidup begitu atas air,  Kasihan tak sekolah dan tidak diberi pendikan.

Terima kasih Maritim, PDRM, PGA, Komando 69 dan ketua masyarakat disini yang memudahkan dan membantu saya, Terima kasih NGO dan orang tempatan selalu dan sangat banyak membantu mereka Terima kasih semua.

Saya cuma sebahagian kecil dari usaha ramai orang lain Ini pun doa semua kan.

Saya siapkan sekolah itu untuk kelas setiap hari. Saya juga mengalu-alukan semua NGO lain dan jemaah Dakwah hadir ke sana untuk hidupkan suasana iman Sukarelawan semua dialu-alukan.Credit Ustaz Ebitlew