Mak dan ayh mninggal selang 6jam jumaat lalu kini adk menyusul (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Potret bersama keluarga menyambut Aidilfitri tahun ini menjadi kenangan terakhir buat Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran apabila kehilangan insan tersayang, ibu bapa dan adiknya yang men1nggal dunia akibat C0V1D19.

Bapanya, Amran Sadon, 56, dan ibunya, Hasminah Parmin, 57, meninggal dunia Jumaat lalu ketika menerima rawatan di Hospital Cancelor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras, di sini, Khamis lalu.

Manakala, adiknya Muhammad Luqman Idham Amran, 20, pula menghembus n4fas terakhirnya jam 6 pagi hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Lebih menyedihkan, Siti Nurul berkata, arw4h orang tuanya juga tidak sempat meninggalkan pesanan buat dirinya selepas dimasukkan ke hospital.

Menurutnya, arw4h ibu dan bapanya disahkan p0sitif C0V1D19 pada 17 Mei lalu selepas menjalani ujian calitan sehari sebelum itu.

Lans Koperal Siti Nurul Hawana Amran

Sepanjang Ramadan lalu mereka ada mengerjakan solat tarawih di surau berhampiran rumah kami di Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi dan kemungkinan mendapat jangkitan daripada situ.

Selepas mengetahui mereka positif saya dan adik-beradik membuat ujian sama namun hanya adik yang disahkan p0sitif manakala saya negatif, katanya ketika dihubungi HM, hari ini.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berkata, ibunya dihantar ke HCTM pada petang Khamis lalu kerana keadaannya yang semakin teruk ketika itu.

Namun apabila saya memberitahu arwah ayah, emak semakin kritik4l, tiba-tiba ayah mengadu sesak nafas sebelum kami menghubungi ambulans dan dia dihantar ke hospital sama pada sebelah malam.

Namun mereka gagal diselamatkan dan men1nggal dunia keesokannya dan yang ralatnya, mereka tidak sempat men1nggal apa-apa pesanan buat saya, katanya.

Katanya, adiknya yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh juga hilang semangat apabila mengetahui ibu bapanya sudah tiada.

Namun tidak sangka hari ini adik pula pergi meninggalkan kami,Saya bersama anak buah, adik ipar juga perlu menjalani kuarantin sehingga 30 Mei ini selepas menjalani ujian calitan jam 10 pagi tadi,katanya.

Katanya, dia berharap dirinya dan keluarga adiknya tidak dijangkiti C0V1D19,Arw4h orang tua saya selamat dikebumikan di tanah perkvburan Islam di Sungai Besi sekitar jam 4 petang Jumaat lalu sementara adik dikebumikan jam 1 tengah hari tadi, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang anggotanya kini menjalani kuarantin selepas ibu bapa dan adiknya meninggal dunia akibat C0V1D19.

Anggota polis terbabit sudah dipanggil Kementerian Kesihatan Malaysia Cheras untuk menjalani ujian calitan.

Setakat ini, IPD beroperasi seperti biasa dan kawasan ini memang sentiasa disanitasi bagi mengelakkan penularan C0V1D19 katanya. Al fatihah.