Maafkn mamaa syg, raungaan sorang ibuu yg paraah ditmpt kmalangan!

Ipoh : Sungguh tidak disangka perjalanan mereka 4 sekeluarga berakhir dengan tr4gedi pilu gara gara dua buah treler yang terlibat kemalangan atas lebuhraya.

Perodua Axia yang dipadu seorang wanita bergelar ibu bersama 3 anaknya hilang kawalan melihat dua treler tersebut diatas lebuhraya lalu merempuh treler terbabit dalam suasana cuaca hujan.

HM melaporkan pihak Polis telah mengenalpasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang m4ut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.

Katanya, ibu m4ngsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera p4rah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami keceder4an.

Mohamed Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kem4langan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.

Katanya, kem4langan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes l4nggar belakang.

Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing mel4nggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.

Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera p4rah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian, katanya sambil memaklumkan ibu m4ngsa masih dirawat di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Menurutnya, punca kem4langan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu mel4nggar belakang treler yang berada di lorong kecem4san.

Beliau berkata, bed4h siasat akan dilakukan pada jam kira-kira 3 petang esok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Semoga mama kepada 3 beradik ini tabah yang maha esa lebih sayangkan 3 anak syurga mereka moga roh mereka dicucuri rahmat. Al fatihah.