Maafkn ibuu Zara, Aku terima andai ini takdirnya Ya Allah!

Serdang : H4ncur luluh hati seorang ibu bila melihat anak kesayangan lem4s dibilik air rumah disaat dirinya leka memasak didapur.

Kosmo melaporkan anak kepada seorang anggota polis ditemui m4ti lem4s dalam bilik air di kuarters polis di Seri Kembangan semalam.

Dalam kejadian pukul 2 petang, kanak-kanak berusia 21 bulan itu dikatakan berada di kediaman tersebut bersama ibunya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, kanak-kanak itu dikatakan sedang bermain manakala ibunya sedang memasak di dapur.

Katanya, selepas beberapa minit tiada kelibat dan bunyi m4ngsa membuatkan ibunya mencari sebelum menemui kanak kanak itu di dalam keadaan tidak sedar diri di dalam bilik air kediaman berkenaan.

Panik dengan kejadian yang menimpa anak sulung itu, isteri kepada anggota berpangkat Lans koperal itu meminta bantuan jiran sebelum membawa mangsa ke balai polis.

M4ngsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang, namun pihak hospital mengesahkan sudah meninggal dunia, katanya kepada Kosmo hari ini.

Menurutnya lagi, m4yat dibed4h siasat sebelum dibawa ke Tumpat, Kelantan untuk pengebumian hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001, Semoga Puan Irah dan Suami tabah dengan dugaan ini yang maha esa lebih sayangkan anak syurga mereka. Al fatihah.