Maafkn Ibuu syg, dia dduga lgi 6bln lalu suaami mninggal kini ank pula!

Kuala Kubu Bharu: Hancur luluh hati seorang ibu bila anak perempuan yang berumur 10 tahun disahkan lem4s pagi tadi ketika dia tinggalkan seketika anak itu ditempat reakasi tersebut.

Harian Metro seorang kanak kanak perempuan lem4s di Sungai Ulu Yam berdekatan tapak perkelahan sebuah resort di Kampung Ulu Kalong, Hulu Yam Bharu, dekat sini, hari ini ketika singgah mandi di sungai itu bersama rakan selepas bermain basikal ditemani ibunya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 39 tahun berhubung kejadian itu.

Katanya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, dia bersama tiga anak serta lapan rakan anaknya pergi ke Kampung Ulu Kalong untuk mengayuh basikal di kawasan berkenaan pada 9.20 pagi.

Dalam perjalanan balik ke rumah, mereka berhenti di tapak perkelahan di sebuah resort di Kampung Ulu Kalong, Hulu Yam Bharu untuk berehat.

Ibu m4ngsa kemudian pulang ke rumah untuk menghantar seorang anak perempuannya yang mengalami s4kit perut.

Apa yang berlaku megundang pilu insan insan yang mengenali ibu m4ngsa rata rata mereka mengucapkan takziah dan amat bersedih dengan apa yang menimpa anak itu.

“Takziah kpd sdr Siti Nurashikin binti Abdul Rahim (Petugas di tadika Hulu Yam) yang kehilangan anak berumur 10 thn akibat lem4s.

Semoga Shikin terus bersabar menempuh dugaan, baru 6 bln lepas kehilangan suami tersayang, Kami turut bersedih. – Mat Nadzari Ahmad Dahlan “.

Semasa datang semula ke tempat mandi itu, ibu mangsa dimaklumkan bahawa anaknya, Qistina Balqis Mohamad berusia 10 tahun, lem4s, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arshad berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan m4ngsa menlnggal dunla.

Jen4zah mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut (SDR), katanya,semoga ibu tunggal ini tabah dengan apa yang berlaku baru 6 bulan lalu dia telah kehilangan suami tersayang kini dididuga lagi bila anak keduanya menyusul pergi buat selamanya akibat lem4s yang maha esa lebih sayangkan anak syurga ini. Al-fatihah.