Maafkn ayh long, ” Akbat terlelap masa mmandu ank mninggal trsepit ” (4Gmbr)

Kota Tinggi : Sebak dan pilu apa yang berlaku perjalanan seorang anak menemani ayah tersayang berkerja berakhir dengan tr4gedi apabila dia meninggal dunia tersepit dilori ayahnya selepas lori tersebut merempvh treler kerana ayahnya yang memandu terlelap.

SH melaporkan seorang remaja m4ut, manakala bapanya yang memandu sebuah lori cedera di kep4la apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Kilometer 82 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pada Sabtu.

Kejadian sebelum simpang masuk ke Felcra Sungai Ara kira-kira jam 11.35 pagi itu melibatkan lori jenis Hino dipandu Mohd Azrul Hafis Kamisan, 39, dan seorang penumpang iaitu anaknya, Nur Alif, 15, dengan lori jenis Foton dipandu Mohd Haris Rapmay, 49.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kemalangan itu, lori Hino dalam perjalanan dari Jalan Johor Bahru menghala ke Mersing, manakala lori Foton pula sedang diletakkan di bahu jalan kiri hala yang sama.

Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu Hino telah hilang tumpuan akibat terlelap semasa memandu, lalu hilang kawalan dan mel4nggar lori Foton yang sedang parkir di bahu jalan kiri hala yang sama.

Pemandu Foton yang berada di Surau Felcra Berhad di seberang jalan tersebut hendak menunaikan solat duha terkejut mendengar bunyi kemal4ngan lalu terus cuba membantu m4ngsa kem4langan,katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, akibat kem4langan itu remaja tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat keceder4an parah pada seluruh bahagian badan, manakala bapanya ceder4 di bahagian kep4la.

Menurutnya, si4satan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Alif anak yang baik seorang anak yang mudah tersenyum amat rapat dengan semua orang moga ibunya Puan Suhana tabah kehilangan anak sulung tersayang menjelang syawal yang akan tiba. Al fatihah.