Maafkn ayah syg, ” Tiadaa lagi sibongsu keluarga ini ” (6Gmbr)

Seberang Perai : Seorang kanak-kanak lelaki men1nggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu bapanya hilang kawalan lalu mel4nggar besi pembahagi jalan di Kilometer 124 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara semalam.

M4ngsa, Iman Naufal Mohd Firdaus, 28 bulan, dilaporkan m4ut di lokasi kejadian akibat mengalami keceder4an p4rah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati MPV jenis Nissan Livina itu dinaiki lima sekeluarga yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun iaitu ayah kepada m4ngsa.

Pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka berusia lingkungan 28 bulan hingga tujuh tahun itu dalam perjalanan dari Seberang Jaya menghala ke Perlis untuk melawat datuk m4ngsa yang sakit.

Bagaimanapun, ketika memandu di kilometer 124 lebuh raya itu tiba-tiba tayar kiri bahagian belakang MPV itu pecah menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

Akibat pelanggaran itu, anak pemandu berkenaan yang berada di bahagian penumpang belakang m4ut di lokasi kejadian, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, m4yat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibed4h siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa membuat pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berpunca daripada kerosakan teknikal. Al fatihah.