Maafkn aku B0b, smpat tarik rmbut seblum dtelan tasik!

Kota Tinggi : Maafkn aku B0b, smpat tarik rmbut seblum dtelan tasik! Kegembiran mereka berenam di Tasik Paya Biru berakhir dengan tragedi apabila salah seorang dari mereka lemas.

Arwah Bob sempat bergambar sebagai kenangan didalam Tasik berkenanan sebelum mandi mana dikawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan.

Rakan kepada mangsa lemas di Tasik Paya Biru Felda Lok Heng Selatan, di sini menceritakan detik-detik terakhir ketika mereka cuba menyelamatkan Muhammad Akmal Hakim Abdul Karim dengan menarik rambutnya sebelum hanyut.

maafkn-aku-b0b-smpat-tarik-rmbut-seblum-dtelan-tasik

Daniel Iskandar Abu Bakar, 18, berkata, dia bersama Muhammad Akmal Hakim, 19, atau Bob bersama tiga rakan lain ke tasik itu pada pukul 11 pagi untuk mandi.

Saya yang ketika itu duduk di pondok sempat berpesan kepada mereka supaya jangan seronok sangat. Tidak lama kemudian saya lihat Bob sudah terkapai-kapai meminta tolong.

Salah seorang rakan kami menarik rambut Bob dan saya juga cuba menariknya ke tepi namun terpaksa melepaskan tangannya.

maafkn-aku-b0b-smpat-tarik-rmbut-seblum-dtelan-tasik

Ketika itu Bob seolah-olah ditarik dengan kuat dari arah bawah air, katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini hari ini.

Daniel Iskandar berkata, dia turun ke dalam tasik sambil dibantu rakan-rakan untuk mencari Bob namun usaha itu gagal.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat tiba tidak lama kemudian dan melakukan operasi mencari dan menyelamat sebelum menemukan m4yat mangsa pada pukul 12.53 tengah hari.

maafkn-aku-b0b-smpat-tarik-rmbut-seblum-dtelan-tasik

Terdahulu, dia memberitahu, pada awalnya mereka merancang mahu mandi air terjun di Kota Tinggi tetapi mengubah rancangan pada saat-saat akhir sebelum memutuskan ke tasik tersebut.

Kami sudah datang ke paya ini semalam dan mandi bersama-sama. Bob sangat teruja melihat air paya berwarna biru. Jadi kami ambil keputusan untuk pergi sekali lagi, katanya.

Menurutnya, mereka yang tinggal di Puchong, Selangor tiba Kota Tinggi untuk mengunjungi rakan mereka yang menetap di Felda Lok Heng Selatan.

Semoga keluarga arwah tabah dengan apa yang berlaku tidak disangka kegembiraan dirinya bersama rakan rakan bertukar tragedi pilu.Al fatihah.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo