Maafkan ibu syg, tiada lagi senyuman bby Nafeesa!

Kuala Berang: Maafkan ibu syg, tiada lagi senyuman bby Nafeesa! Perjalanan sikecil bersama ibu dan juga abang abangnya berakhir tragedi apabila Perodua Alza yang dipandu ibu terlibat kemalangan.

Alza yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Proton Saga yang menyebabkan sikecil baby Nafeesa dan seorang lagi mangsa dari kereta Proton Saga meninggal dunia.

Harian Metro melaporkan dua termasuk kanak-kanak berusia setahun maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung berhampiran Balai Polis Sungai Tong di Permaisuri petang hari ini.

Mangsa yang m4ut itu adalah penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza, Puteri Balqis Maghfirahtul Nafeesa Mohd Azmi, 1, dari Kampung Bukit Kuang Tanggol, Kuala Berang.

maafkan-ibu-syg-tiada-lagi-senyuman-bby-nafeesa

Seorang lagi mangsa m4ut dikenal pasti sebagai penumpang hadapan Proton Saga, Ab Halim Awang, 73, dari Felda Chalok Barat, Bandar Permaisuri selepas disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu.

Kemalangan pada 4.30 petang itu turut menyebabkan empat lagi yang menaiki kenderaan bersama Puteri Balqis Maghfirahtul Nafeesa turut cedera.

Mereka itu adalah penumpang hadapannya, Muhamad Azmil Syahmi Mohd Azmi, 10; penumpang belakang, Nik Muhammad Imam Al-Syafie Nik Mustafa, 6; pemandu, Syaubah Kamal, 31, serta seorang lagi penumpang belakang, Muhammad Azmir Azfahsya Rayyan Muhammad Azmi, 7, yang mengalami cedera ringan.

Pemandu kereta Proton Saga, Muhamad Hazwan AB Halim, 27, turut mengalami cedera ringan.

maafkan-ibu-syg-tiada-lagi-senyuman-bby-nafeesa

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, Muhamad Azmil Syahmi dan Nik Muhammad Imam mengalami kecederaan agak p4rah dalam kejadian itu.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Syaubah yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu Proton Saga dipercayai cuba mengelak sebuah lori yang parkir di sebelah kiri jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar MPV terbabit, katanya.

maafkan-ibu-syg-tiada-lagi-senyuman-bby-nafeesa

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga ibu bayi Nafeesa tabah dengan apa yang berlaku sikecil seorang yang mudah tersenyum dia menjadi kesayangan dalam keluarga namun yang maha esa lebih sayangkan diri. Al-fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo