Maafkan aku abang sangka kamu sudah selamat!

Shah Alam : Maafkan aku abang sangka kamu sudah selamat! Hancur luluh hati seorang adik apabila mendapat tahu abangnya terkorban dalam kebakaran rumah keluarga mereka awal pagi tadi.

Adik kepada mangsa menceritakan kembali detik cemas itu kepada Harian Metro.

Sebaik melihat api semakin marak, Ahmad Hamizan Zakaria, 25, segera meloloskan diri melalui jeriji tingkap yang sempit di biliknya di tingkat bawah rumah yang terbakar di Taman Bukit Saga, Seksyen 26, Shah Alam, pagi tadi.

Apa yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah menyelamatkan diri dan menyangkakan abangnya, Ahmad Zulhilman Zakaria, 27, juga berjaya menyelamatkan diri.

maafkan-aku-abang-sangka-kamu-sudah-selamat

Namun, dia terkejut sebaik mengetahui abangnya gagal menyelamatkan diri dari kebakaran yang memusnahkan kira-kira lebih 80 peratus rumah mereka.

Saya memang tidur di bilik bawah, saya tersedar kira-kira 4.30 pagi, saya ingatkan ada orang pecah masuk rumah sebab bunyi kaca pecah sangat kuat, kemudian saya keluar bilik tengok api.

Saya jadi panik dan terus keluar (ikut jeriji tingkap bilik saya tidur), api sudah mula marak tetapi bahang belum ke bilik saya, masa itu saya terfikir abang dan saya ingat dia sudah keluar (selamatkan diri) sebab kebakaran dari atas.

Saya tidak mengalami sebarang kecederaan cuma calar sikit saja semasa nak keluar dari jeriji itu, katanya yang kelihatan sugul dan trauma mengenangkan abangnya yang maut.

maafkan-aku-abang-sangka-kamu-sudah-selamat

Katanya, ibu bapa mereka, Zakaria Daud, 58, dan Nasimah Yaakob, 56, berada di Bandung, Indonesia kerana bapanya bekerja di sana.

Ibu ayah sudah maklum mengenai perkara ini dan mereka sudah mendapatkan penerbangan segera ke Malaysia, katanya.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Rozi Yaakob, 50, berkata, dia tidak menyangka pertemuan tiga hari lalu adalah pertemuan terakhir dengan arwah anak saudaranya itu.

Arwah anak ke empat dari enam beradik, dia memang suka bergurau sebab kami rapat, hari terakhir jumpa dia, dia datang ambil kentang bakar yang dia tempah dari saya.

maafkan-aku-abang-sangka-kamu-sudah-selamat

Dia datang ambil satu kotak, saya cakap banyak ni.. Katanya dia nak menjamu adik-adik makan, sebelum balik sempat salam dengan saya.

Dia memang peramah dan ceria. Saya pun memang tak sangka itu kali terakhir jumpa dia sebab dia ada cakap nak balik Raya Haji sama-sama tetapi dia cakap akan balik petang raya, katanya sebak.

Mayat Ahmad Zulhilman ditemui jam 5.30 pagi oleh bomba di hadapan bilik air di bilik tidurnya di tingkat atas rumah berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bed4h siasat.Al fatihah.

Tonton Video Di Bawah Ini Sampai Habis

Power la dik

Posted by Fingo on Isnin, 17 Februari 2020

Register disini>> Join Now ,Selepas Join download Apps Fingo