Maaafkan papaa mamaa syg, Hnya 22hri Allah pinjamkn bby Aisy utk kami!

Nibong Tebal: Berat dugaan mu Syafiq Ahmad dan isteri permergian anak tersayang Muhammad Aisy Saqeef yang baru 22 hari dalam kem4langan yang membabitkan diri dan keluarga awal pagi tadi mengejutkan.

Selepas kemalangan berlaku Syafiq yang cedera cuba selamatkan keluarganya, insan yang pertama diselamatkan isteri dan anak anak, isterinya cedera agak p4rah, manakala anak sulungnya Aaira, 2, cedera ringan namun anak bongsunya yang baru berusia 22 hari disahkan men1nggal dun1a ditempat kejadian impak kem4langan yang menimpa mereka sekluarga.

Jasad sikecil dipangku Syafiq sementara menunggu tiba bantuan rawatan tiba, sebak suasana ditempat kejadian bilamana disahkan juga ibu mertua Syafiq dan pembantu rumah men1nggal dunia dalam kem4langan tersebut.

Akhbar Harian Metro melaporkan Penyer4ng pasukan bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, terbabit kem4langan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, di sini, hari ini.

Ia menyebabkan b4yi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, dipercayai ibu mentuanya, dan Titik Sukamti, 30an yang juga pembantu rumahnya, men1nggal dunia.

Bagaimanapun, Muhammad Syafiq, 25; isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25; bersama anak perempuan sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, hanya ceder4 ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.36 pagi.

Ketika tiba, didapati kenderaan MPV itu berada dalam keadaan remuk teruk dan terdapat tiga daripada enam m4ngsa yang tersep1t.

Anggota kemudian membuat kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas, katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, m4ngsa diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya sebelum bomba menamatkan operasi jam 6.12 pagi.

Dalam pada itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim mengucapkan salam takziah buat penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad yang terbabit dalam kem4langan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Jawi, Nibong Tebal awal pagi hari ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik JDT memuat naik ucapan berkenaan di akaun Facebook rasminya yang memaparkan gambar jersi Syafiq bernombor 28 diiringi kata ‘Kami Sentiasa Bersamamu, Syafiq’.

Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq, Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga, titah baginda.

Semoga Syafiq terus kuat dan tabah dan mohon doa untuk isterinya Puan Nur Amalina segera sembuh yang maha esa lebih sayangkan bayi mereka dan juga ibu mertua mereka. Al-fatihah.